fbpx
Now Reading
“Rambut Termasuk Dalam Tapak Kaki” – Doktor Alami Pengalaman Pelik Dari Pesakit

“Rambut Termasuk Dalam Tapak Kaki” – Doktor Alami Pengalaman Pelik Dari Pesakit

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini, seorang doktor merasai sendiri pengalaman pelik apabila dia terpaksa melakukan pembedahan kecil terhadap tapak kaki kanan seorang kanak-kanak yang berusia 8 tahun di Slim River.

Kejadian tersebut berlaku pada 11 September 2020, Dr Hanafi Yahya yang merupakan Pengasas Klinik Doktor Bergerak (DOCMOVE) itu didatangi sebuah keluarga bersama seorang kanak-kanak yang dipercayai mengadu kesakitan pada tapak kaki kanannya. – Harian Metro

Kanak-kanak itu dikatakan mengadu kesakitan pada malam pertama ketika keluarganya berpindah ke rumah baru.

“Selama dua minggu kanak-kanak itu mengadu berasa sakit pada tapak kaki kanannya sehingga ibu bapa kanak-kanak terbabit datang ke klinik bagi mendapatkan rawatan.”

“Saya dimaklumkan rambut yang terdapat pada tapak kaki kanak-kanak terbabit boleh bergerak menyebabkan saya berasa pelik bagaimana sehelai rambut yang lembut dan halus boleh masuk ke dalam tapak kaki kanak-kanak terbabit,” kata Dr Hanafi.

Menurut Dr Hanafi Yahya mengatakan bahawa ini adalah pengalaman pertama dan pelik baginya sepanjang 12 tahun kariernya sebagai seorang doktor.

Walau bagaimanapun, beliau yang terpaksa melakukan pembedahan kecil dalam jangka masa kurang dari 15 minit itu berjaya mengeluarkan sehelai rambut berukuran 1.5 cm dari tapak kaki kanan kanak-kanak tersebut.

“Syukur selepas rambut itu dikeluarkan pada tapak kakinya, kanak-kanak itu dapat menjalani kehidupan seperti biasa dan normal kembali,” katanya lagi.

Dr Hanafi yang kini masih tertanya-tanya mengenai kejadian tersebut dan baginya ia adalah kuasa Allah S.W.T.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.