fbpx
Now Reading
KJ Sahkan PM Bakal Jadi Individu Pertama Terima Suntikan Vaksin Covid-19 Di Malaysia

KJ Sahkan PM Bakal Jadi Individu Pertama Terima Suntikan Vaksin Covid-19 Di Malaysia

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !


Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dilaporkan bakal menjadi individu pertama dalam negara yang akan menerima suntikan vaksin Covid-19 sebaik program vaksinasi dilaksanakan hujung bulan ini.

Perkara itu dikongsikan sendiri Menteri Sains Teknologi & Inovasi, YB Khairy Jamaluddin merangkap Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan menerusi temubual Ruang Bicara bersama TV Bernama pada khamis malam jumaat.

“Saya boleh sahkan bahawa YB Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah orang pertama yang akan menerima vaksin Pfizer Covid-19 ini disebabkan PM ingin memberikan keyakinan kepada orang yang vaksin ini adalah vaksin yang selamat dipakai” kata beliau kepada TV Bernama.

Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan yang diumumkan kerajaan sebelum ini dijangka mula dilakukan pada hujung bulan ini sebaik penghantaran fasa pertama dari syarikat Pfizer dan juga BioNTech tiba.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah sebelum ini memaklumkan Vaksin dari Pfizer dijangka tiba pada 26 Januari sebelum ianya diagihkan ke negeri-negeri bagi suntikan penerima.

Kerajaan difahamkan menyasarkan sebanyak 26.5 juta individu atau 80 peratus populasi negara akan menerima vaksin secara percuma yang terdiri dari tiga fasa.

Fasa pertama seperti yang diumumkan perdana menteri adalah terdiri dari 500,000 petugas barisan hadapan merangkumi petugas kesihatan dan petugas bukan kesihatan.

Terdahulu Muhyiddin Yassin pada Disemer lalu menawarkan diri menjadi antara invididu terawal untuk  menerima suntikan vaksin COVID-19 demi meyakinkan rakyat bahawa vaksin yang diperoleh adalah selamat dan berkesan.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.