fbpx
Now Reading
20 Guru & Kakitangan Sebuah Sekolah Di Kajang Diarah Jalani Kuarantin

20 Guru & Kakitangan Sebuah Sekolah Di Kajang Diarah Jalani Kuarantin

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, tips, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !

20 guru dan kakitangan sebuah sekolah kebangsaan di Kajang telah diarahkan untuk menjalani kuarantin selepas seorang guru di sekolah tersebut disahkan positif Covid-19.

Menerusi laporan Harian Metro, guru berkenaan disahkan positif pada Isnin lalu selepas mendapat jangkitan dari abangnya.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, guru tersebut bagaimanapun kali terakhir berada di sekolah adalah pada 23 Februari dan kes berkenaan didaftarkan mengikut alamat tempat tinggalnya iaitu di Sepang, Selangor

“Beliau dijangkiti Covid-19 daripada abangnya yang disahkan positif pada tarikh berkenaan.

“Pada hari sama, beliau menjalani ujian saringan Covid-19 dan dikuarantin sehingga mendapat keputusan positif pada 1 Mac,” katanya dipetik dari Harian Metro.

Sehubungan itu, KKM telah mengarahkan 20 kontak beliau sewaktu di sekolah berkenaan untuk menjalani ujian calitan seterusnya menjalani kurantin sehingga 8 Mac ini.

“Bagaimanapun, tiada murid yang terdedah kepada kes berkenaan,” kata beliau lagi.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.