fbpx
Now Reading
Presiden Mati Dibunuh, Haiti Isytihar Darurat Seluruh Negara

Presiden Mati Dibunuh, Haiti Isytihar Darurat Seluruh Negara

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Masyarakat dan pemimpin dunia semalam dikejutkan dengan pembunuhan Presiden Haiti, Jovenel Moise yang ditembak mati oleh sekumpulan lelaki bersenjata yang tidak dikenali di kediamannya yang terletak di atas bukit Port-au-Prince.

Kejadian yang berlaku sekitar 1 pagi rabu (waktu tempatan) itu turut menyebabkan isterinya, Martine Moise, cedera dan kini sedang menjalani rawatan.

Perdana Menteri sementara, Claude Jospeh, yang sepatutnya diganti minggu ini kemudiannya mengisytiharkan darurat selama 15 hari di seluruh negara termasuk penutupan sempadan dan lapangan terbang.

Beliau dalam masa sama turut menegaskan situasi adalah terkawal dan dia kini akan bertanggungjawab menguruskan negara di Carribean itu.

“Saya minta rakyat di negara ini kekal tenang kerana situasi dalam kawalan,” katanya dalam satu kenyataan yang disiarkan menerusi televisyen.

2 suspek ditahan dan 4 lagi ditembak mati

Menerusi laporan CNN, setakat ini pihak berkuasa disana sudah menahan 2 suspek dan menembak mati 4 lagi dipercayai terlibat didalam insiden berkenaan. Kesemua mereka difahamkan adalah warga asing dan pihak berkuasa masih lagi cuba menyiasat kewarganegaraan mereka.

Portal tempatan sebelum ini melaporkan kesemua suspek yang menyerang rumah Moise menggunakan bahasa sepanyol serta bahasa inggeris dan dipercayai askar upahan.

Menyamar menjadi ejen DEA Amerika Syarikat

Lebih mengejutkan Duta Haiti ke Washington, Bocchit Edmond, mendedahkan kumpulan pembunuh tersebut dipercayai tenteran upahan yang menyamar sebagai ejen Pentadbiran Penguatkuasaan Dadah Amerika Syarikat (DEA) selepas pihak berkuasa meneliti rakaman CCTV di tempat kejadian.

Jelasnya menerusi video tersebut, kesemua suspek dilihat menggunakan baju seragam yang dilihat mirip baju seragam DEA.

“Kami mempunyai rakaman video dan kami percaya mereka tentera upahan,” katanya.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.