fbpx
Now Reading
Lembah Klang Beralih Ke Fasa 3 PPN Bermula 1 Oktober 2021

Lembah Klang Beralih Ke Fasa 3 PPN Bermula 1 Oktober 2021

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kerajaan hari ini bersetuju untuk membenarkan negeri-negeri di kawasan Lembah Klang iaitu Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya beralih ke Fasa 3 PPN bermula 1 Oktober 2021.

Perkara itu diumumkan Perdana Menteri, Dato Seri Ismail Sabri menerusi satu kenyataan sebentar tadi.

Jelas beliau peralihan ini dibuat setelah mengambil kira penilaian risiko semasa oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Melaka turut beralih ke Fasa 3 PPN

Selain Lembah Klang, Melaka juga akan turut beralih ke Fasa 3 berkuatkuasa pada tarikh yang sama.

Tambah beliau lagi, jawatankuasa juga bersetuju membenarkan Kedah beralih ke Fasa 2 . Dengan peralihan ini bermakna tiada lagi negeri berada di Fasa 1 di seluruh negara.

“Saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada seluruh Keluarga Malaysia, khususnya kerajaan negeri yang bertungkus-lumus menguruskan situasi pandemik di negeri masing-masing, demi memenuhi nilai ambang yang ditetapkan.

“Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi negeri-negeri yang memasuki fasa 2, 3 dan 4, adalah sama dengan sebelum ini. Keterangan SOP terkini akan dikemaskini oleh MKN di laman sesawang www.mkn.gov.my” kata beliau lagi

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.