Mesyuarat Ke-12 Menteri Kuartet COVID-19 hari ini menetapkan memansuhkan prosedur operasi standard (SOP) pemeriksaan suhu badan dan di premis bermula Jumaat, 11 Februari ini.
Perkara tersebut diumumkan Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menerusi satu kenyataan di akaun Twitter miliknya sebentar tadi.
“Mengambil kira taklimat yang diberikan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dan Kementerian Kesihatan Malaysia sewaktu Mesyuarat Menteri Kuartet COVID-19 pada hari ini, mengimbas suhu dan buku log tidak lagi diwajibkan di premis bermula Jumaat, 11 Februari.”
Menerusi ciapan itu lagi, dengan pemansuhan tersebut, pemilik premis kini tidak lagi diwajibkan untuk menyediakan alat pengimbas suhu dan buku rekod di pintu premis masing-masing.
“Namun, pendaftaran masuk menggunakan aplikasi MySejahtera masih diwajibkan seperti biasa,” ciap Hishamuddin.