fbpx
Now Reading
Panas Isu USD1 Bilion Babitkan 1MDB & Suami Zeti, Ini Kenyataan Dari BNM

Panas Isu USD1 Bilion Babitkan 1MDB & Suami Zeti, Ini Kenyataan Dari BNM

Menurut BNM, permohonan pelaburan asing 1MDB tertakluk syarat ditetapkan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak pagi semalam, 23 Februari, Bank Negara Malaysia (BNM) menjadi salah satu topik yang paling hangat diperkatakan di media sosial.

Semuanya gara-gara testimoni yang diberikan saksi utama bagi perbicaraan kes rasuah bekas pegawai bank Goldman Sachs Group Inc, Roger Ng iaitu Tim Leissner di hadapan Mahkamah New York.

Dia yang merupakan pengurus merangkap ketua bagi Roger Ng menyebut bahawa BNM telah meluluskan pemindahan keluar negara wang sebanyak USD1 bilion daripada 1MDB kepada PetroSaudi International (PSI) hanya dalam tempoh singkat (overnight) pada tahun 2009.

Ini menurutnya selepas suami gabenor BNM ketika itu disogok seperti yang diberitahu Roger Ng kepadanya.

“Malaysia pada tahun 2009 masih mempunyai kawalan modal dan pelaburan sebesar itu harus mendapat kelulusan Bank Negara.

“Satu bilion dolar dihantar dari Malaysia kepada usahasama itu dan pemindahan itu boleh berlaku kerana suami kepada gabenor BNM ketika itu disogok agar ia terlaksana.

“Jadi dalam tempoh semalaman wang itu dipindahkan, ia sesuatu yang pada ketika itu tidak pernah berlaku dahulu. BNM tak pernah memberikan kelulusan sebegitu cepat,” katanya.

Menerusi dokumen mahkamah, Leissner pada hari itu telah menyebut nama mantan Gabenor BNM, Zeti dua kali namun tidak menyebut nama suaminya, Tawfiq Ayman, lapor MalaysiaKini.

Semua permohonan pelaburan asing 1MDB tertakluk syarat ditetapkan

Peka dengan isu tersebut, BNM kemudiannya tampil menerusi satu kenyataan akhbar bagi mengulas dan menjelaskan perkara berkenaan.

Menurut BNM, kesemua pelaburan di luar negara oleh entiti pemastautin tertakluk pada syarat di bawah Akta Kawalan Pertukaran Wang (AKPW) 1953 yang sudah dikuatkuasakan sebelum 2013, yang selepas itu diganti oleh Akta Perkhidmatan Kewangan 2013.

Syarat-syarat tersebut dan segala kriteria yang mengawal pelaburan itu adalah telus dan diterbitkan dalam laman sesawang BNM.

“Kesemua permohonan yang dihantar oleh 1MDB, termasuk permohonan yang dinyatakan di atas, adalah tertakluk pada kriteria kelulusan dan proses tadbir urus dalaman yang digunakan dalam mana-mana permohonan yang dihantar oleh entiti-entiti lain kepada BNM,” kata BNM dalam kenyataan berkenaan.

Ia turut mengulas laporan terdahulu mengenai maklumat yang diterima daripada Unit Perisikan Kewangan (FIU) asing berkaitan dengan akaun milik suami kepada bekas gabenornya.

“Dalam hal ini, BNM telah memberikan maklumat kepada agensi penguatkuasaan undang-undang yang berkaitan pada bulan April 2016 selaras dengan tanggungjawab BNM di bawah Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001,”

Baca artikel berkaitan :

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.