fbpx
Now Reading
Mcdonald’s Malaysia Selaras Gaji Minimum Pekerja RM1,500 Menjelang Akhir Tahun 2022

Mcdonald’s Malaysia Selaras Gaji Minimum Pekerja RM1,500 Menjelang Akhir Tahun 2022

Pekerja adalah aset kepada sesebuah syarikat, jika kebajikan dijaga dengan baik pasti mereka gembira untuk bekerja.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Jika lalu sahaja di tepi jalan dan melihat lambang yang berbentuk huruf M pastinya kita sudah tahu itu adalah McDonald’s (MCD).

Kemudian, kita mula memikirkan keenakan makanan yang berada di dalam menu mereka.

Siapa sahaja yang tidak gemarkan McDonald’s, malah mungkin ada di antara kita yang bekerja di McDonald’s.

Ini berita baik buat anda, McDonald’s Malaysia kini bakal menyelaraskan gaji minimum bagi pekerja tetap mereka sebanyak RM1,500 menjelang akhir tahun ini, 2022.

Usaha ini dilaksanakan bagi menyokong cadangan pentadbiran negara dalam mencapai penawaran gaji minimum RM1,500.

Menurut Datuk Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan Mcdonald’s Malaysia berkata lebih kurang 80% pekerja tetap mereka kini sudah mencapai tahap piawaian gaji minimum tersebut.

Selain itu, beliau berkata dalam jangkaan lima tahun McDonald’s Malaysia merancang untuk membuka sebanyak 205 restoran baharu dan sebanyak RM1.35 billion bakal diperuntukkan.

Hal ini sekaligus, dapat membuka sebanyak 50,000 peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia menjelang pada tahun 2026.

Selain McDonald’s Malaysia, tindakan ini juga telah disambut baik oleh rangkaian pasaraya besar AEON.CO(M) BHD dan AEON BiG (M) SDN BHD (AEON MALAYSIA) yang melaksanakan kenaikkan gaji RM1,500 berkuatkuasa 1 Januari yang lalu.

Baca artikel berkaitan :

Image credit: Pexels

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.