fbpx
Now Reading
Arab Saudi Umum Mansuh Semua Sekatan Covid-19 Untuk Pengunjung

Arab Saudi Umum Mansuh Semua Sekatan Covid-19 Untuk Pengunjung

Oleh itu, pengunjung tidak perlu lagi menyerahkan sijil vaksinasi dan membuat ujian PCR semasa pulang atau datang ke Arab Saudi.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Jika sebelum ini hendak ke luar negara kita perlu mengikut beberapa syarat yang telah ditetapkan oleh sesebuah negara berkenaan.

Ini termasuklah kunjungan ke Arab Saudi baik untuk urusan pekerjaan mahupun menunaikan haji dan umrah.

Terbaharu, Kementerian Kesihatan Arab Saudi telah mengumumkan pemansuhan semua sekatan Covid-19 terhadap pengunjung dari luar negara.

Ini termasuklah pelaksanaan kuarantin wajib yang sebelum ini ditetapkan buat semua penggembara yang mahu ke sana.

Menerusi catatan di Twitter rasmi pada Isnin (21 Mac) yang lalu, sekatan lain yang dimansuhkan adalah penyerahan sijil vaksinasi Covid-19 serta ujian PCR sebelum atau sewaktu tiba.

Menurut laporan Saudi Gazette, tindakan ini diambil berikutan penurusan kes dan kadar vaksinasi yang telah mencapai tahap 99% bagi semua penduduk yang berumur 12 tahun ke atas.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.