fbpx
Now Reading
‘Masih Boleh Dine-in, Masuk Mall Walaupun Hilang Status Vaksinasi Lengkap’ – KJ

‘Masih Boleh Dine-in, Masuk Mall Walaupun Hilang Status Vaksinasi Lengkap’ – KJ

Namun menurut KJ, pemakluman SOP terbaharu itu tidak bermaksud individu belum mendapatkan dos penggalak tidak lagi perlu berbuat demikian.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum pasti mengetahui bermula 1 April, penerima Sinovac dan warga emas berumur 60 tahun keatas (bagi semua vaksin) yang belum mengambil dos penggalak akan hilang status vaksinasi lengkap mereka.

Ini bermakna status vaksinasi di MySejahtera yang sebelum ini berwarna kuning akan bertukar menjadi warna putih sekaligus membuatkan mereka tidak layak menikmati kemudahan seperti mereka yang sudah mendapat vaksinasi lengkap.

Namun terbaharu Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin (KJ) mengumumkan mereka yang hilang status lengkap di dalam My Sejahtera masih boleh melakukan aktiviti dibenarkan sama seperti individu yang menerima vaksinasi lengkap.

Difahamkan aktiviti yang dibenarkan dalam operasi prosedur standard (SOP) baharu itu termasuklah makan atau dine-in di restoran, memasuki pusat beli-belah, pergi ke tempat kerja dan rumah ibadat.

“Sehubungan itu, pemilik-pemilik premis perlu pastikan bahawa hanya pelanggan atau pengunjung yang telah sekurang-kurangnya melengkapkan vaksinasi dos primer dibenarkan masuk ke premis perniagaan, rumah ibadat dan lain-lain yang berkenaan,” kata KJ dalam satu kenyataan hari ini.

Namun menurut KJ, pemakluman SOP terbaharu itu tidak bermaksud individu belum mendapatkan dos penggalak tidak lagi perlu berbuat demikian.

Ini kerana pengambilan dos penggalak akan meningkatkan semula paras antibodi dalam tubuh, seterusnya boleh mengurangkan risiko gejala teruk akibat jangkitan Covid-19.

“Data penilaian dijalankan dalam kalangan penerima vaksin di Malaysia mendapati tahap perlindungan terhadap jangkitan Covid-19 menurun sehingga 20% bagi dua dos vaksin Pfizer dan 48% bagi dua dos vaksin Sinovac dalam tempoh tiga hingga lima bulan selepas vaksinasi primer.

“Pengambilan dos penggalak akan meningkatkan semula paras antibodi dalam tubuh, seterusnya boleh mengurangkan risiko gejala teruk akibat jangkitan Covid-19. Sehubungan itu, Kementerian Kesihatan ingin menasihatkan dan menggalakkan individu belum menerima dos penggalak supaya mendapatkannya segera,” katanya lagi.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.