fbpx
Now Reading
Tahanan Imigresen Lolos, 6 Maut Kemalangan, 229 Ditahan Semula [Video]

Tahanan Imigresen Lolos, 6 Maut Kemalangan, 229 Ditahan Semula [Video]

Dalam kejadian yang berlaku sekitar 6 pagi tadi (20 April), kesemua mereka bersama 229 orang lagi tahanan baru sahaja melarikan diri dan cuba menyeberangi Lebuhraya Utara Selatan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

6 tahanan pendatang asing tanpa izin (PATI) dilaporkan maut dalam kemalangan sewaktu cuba melarikan diri dari Pusat Tahanan Relau, Sungai Bakap, Pulau Pinang.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Suhaily Mohd Zain kepada media.

Dalam kejadian yang berlaku sekitar 6 pagi tadi (20 April), kesemua mereka bersama 229 orang lagi tahanan baru sahaja melarikan diri dan cuba menyeberangi Lebuhraya Utara Selatan di Jawi.

Mangsa termasuk dua kanak-kanak

Namun sewaktu melintas, keenam-enam mereka yang terdiri daripada dua lelaki dewasa, dua wanita dewasa, satu kanak-kanak perempuan dan satu kanak-kanak lelaki telah dirempuh kereta di Kilometer 165 Lebuhraya Utara Selatan.

“Akibat kejadian, baki tahanan yang melarikan diri seramai 229 orang ini tidak lagi berani melintas lebuh raya dan mengambil keputusan melusuri laluan ini sehingga ke mana destinasi pun tidak pasti,” kata Suhaily dipetik dari Sinar Harian.

229 mereka kemudiannya berjaya ditahan

Kesemua mereka kemudiannya berjaya ditahan semula di Kilometer 168 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan dengan bantuan orang awam yang membuat laporan.

“Alhamdulillah ada sekumpulan anak muda daripada pagi tadi telah berjaya menjejaki kumpulan ini yang kita tangkap 229 orang dan hubungi pihak polis segera,” katanya.

“Dimaklumkan kepada pihak kami seramai 528 tahanan melepaskan diri daripada jumlah 663 orang.

“Orang kampung juga telah membantu menahan 88 orang dan serah kembali kepada pihak imigresen,” kata beliau.

Tambahnya pihak berkuasa masih lagi mencari seramai 205 baki tahanan yang berjaya melarikan diri.

Terdahulu media melaporkan seramai 700 PATI yang ditahan di Depot Imigresen Sementara Relau, telah melarikan diri pada jam 4 pagi Rabu.

Malah insiden kejadian turut tular di media sosial selepas dikongsikan beberapa pengguna Facebook.

Berikutan itu, satu operasi menahan semula semua tahanan terpaksa dilakukan secara besar-besaran oleh pihak Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) yang turut mendapat bantuan dari dua Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) iaitu IPD Bandar Baharu, Kedah, dan IPD Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang.

© 2021 BuzzKini. All Rights Reserved.