fbpx
Now Reading
Ular Sawa Seberat 70Kg Ditemukan Dalam Enjin Kereta [Video]

Ular Sawa Seberat 70Kg Ditemukan Dalam Enjin Kereta [Video]

‘Runner’ yang menghantar kenderaan Proton Wira tersebut terkejut selepas menemui ular sawa di ruangan enjin kenderaan itu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seorang ‘runner’ terkejut apabila menemui seekor ular sawa batik yang berada dibahagian enjin kereta yang dibawanya untuk pemeriksaan di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) di Pengkalan Chepa, Kelantan, semalam (10 Mei).

Penemuan haiwan reptilia seberat 70 kilogram dengan panjang 2.5 meter itu disedari oleh kakitangan Puspakom ketika sedang menjalankan pemeriksaan pada kereta jenama Proton Wira tersebut kira-kira jam 10 pagi.

Lihat beberapa orang kerumun kereta

Berdasarkan laporan Kosmo, Yuzaimi Mohd. Yusof, 48, menyatakan dia berasa terkejut dengan insiden tersebut apabila melihat beberapa individu mengerumuni kenderaan yang dibawanya ke Puspakom semasa berada di kaunter pusat tersebut.

Katanya, orang ramai turut terkejut selepas melihat ular yang ada di bahagian enjin kereta yang ketika itu sedang beratur untuk menunggu giliran pemeriksaan.

“Menyedari ada ular, kakitangan Puspakom kemudian cuba mengeluarkan ular tersebut dari dalam enjin kereta tersebut.

Ambil masa 20 minit untuk keluarkan ular

“Ular tersebut berjaya dikeluarkan dalam tempoh 20 minit selepas dibantu oleh individu yang tidak dikenali,” jelas Yuzaimi ketika dihubungi media.

Beliau turut memaklumkan, lelaki tersebut memasukkan ular tersebut ke dalam sebuah lori dan memberitahu akan melepaskan haiwan tersebut ke kawasan hutan.

Katanya lagi, sebelum ini dia pernah berdepan dengan insiden menemui ular sawa di dalam kereta pelanggan cuma ia tidak sebesar saiz kali ini.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.