fbpx
Now Reading
APM Tangkap Ular Sawa 80KG Kekenyangan Lepas ‘Baham’ Monyet Di Kedah

APM Tangkap Ular Sawa 80KG Kekenyangan Lepas ‘Baham’ Monyet Di Kedah

Menurut Pegawai APM Daerah Baling, pihaknya berjaya menangkap ular sawa itu selepas dihubungi seorang penduduk kampung yang menyedari monyet peliharaannya telah dibaham reptilia berkenaan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kelmarin (23 Oktober), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) berjaya menangkap seekor ular sawa yang kekenyangan selepas menelan seekor monyet peliharaan di Kampung Sera Ulu, Pulai, Baling, Kedah.

Pegawai APM Daerah Baling, Leftenan (PA) Mohd Faizul Abd Aziz berkata, kehadiran ular sawa itu disedari oleh seorang penduduk kampung berkenaan selepas dia ingin memberi makan kepada monyet peliharaannya di belakang rumah.

APM berjaya tangkap ular sawa selepas dihubungi penduduk kampung

Menurutnya, reptilia itu berjaya ditangkap APM selepas dihubungi penduduk kampung berkenaan sebaik menyedari kejadian itu.

Foto: Facebook/Apm Daerah Baling

“Dalam keadaan cemas melihat monyetnya dibaham ular sawa, lelaki terbabit menghubungi talian kecemasan APM Baling untuk mendapatkan bantuan bagi menangkap reptilia itu,” katanya dipetik Sinar Harian.

Ular sawa seberat 80kg dan panjang hampir 7 meter

Menurutnya lagi, sebaik tiba di lokasi, terdapat seekor ular sawa seberat 80 kilogram dan panjangnya hampir tujuh meter.

“Operasi dilakukan menggunakan peralatan khas dan akhirnya berjaya ditangkap sebelum dibawa ke pejabat APM Baling untuk tindakan lanjut,” katanya lagi.

Berkongsi lanjut, Mohd Faizul menasihati orang awam agar berhati-hati dengan ancaman haiwan liar dan sebarang kecemasan boleh menghubungi APM Baling di talian 04-4701626 (24 jam) atau 999 untuk mendapatkan bantuan.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.