fbpx
Now Reading
Pengasas Crackhouse Rizal Van Geyzel Hanya Direman Sehari, Akan Dibebaskan Petang Ini

Pengasas Crackhouse Rizal Van Geyzel Hanya Direman Sehari, Akan Dibebaskan Petang Ini

Menurut peguamnya, Rizal dijangka dibebaskan selepas 6 petang hari ini.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pengasas bersama kelab berunsur komedi, Crackhouse Comedy Club iaitu Rizal Van Geyzel yang ditahan semalam dijangka akan dibebaskan dari lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi petang ini, 15 Julai.

Menerusi laporan The Vibes, perkara ini terjadi kerana pihak polis hanya berjaya mendapatkan perintah reman sehari ke atasnya.

Peguam Ramkarpal Singh yang mewakili Rizal berkata, pelawak tersebut disiasat atas beberapa video tular yang dikatakan menyentuh sensitiviti kaum dan agama.

Polis pohon perintah reman empat hari tapi majistret beri sehari

Namun permohonan pihak polis untuk menahan reman Rizal selama empat hari telah ditolak olah mahkamah, sebaliknya dia membenarkan reman sehari.

“Polis pada asalnya memohon perintah reman empat hari, tetapi kami membantah. Majistret bersetuju dan membenarkan perintah reman sehari bagi Rizal.

“Dia akan dibebaskan petang ini (Jumaat),” katanya kepada The Vibes.

Terdahulu PDRM mengesahkan bahawa Rizal telah ditahan pada Khamis (14 Julai) tengah hari oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Jabatan Siasatan Jenayah bagi membantu siasatan berhubung beberapa video tular yang menyentuh sensitiviti dan berbaur perkauman.

Baca artikel berkaitan :

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.