fbpx
Now Reading
Dua Kanak-Kanak Terkorban Dalam Kejadian Tanah Runtuh Di Sabah

Dua Kanak-Kanak Terkorban Dalam Kejadian Tanah Runtuh Di Sabah

Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sabah, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian tersebut pada jam 8.26 malam.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dua kanak-kanak maut manakala dua lagi cedera akibat tertimbus dalam satu kejadian tanah runtuh di Taman Elok, Jalan Bukit Nenas, Kota Kinabalu, malam tadi (27 Julai).

Mangsa Isa Sabri, 2 tahun, dan Norain Jaziz, 11 tahun, disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth (HQE) manakala Siti Nur, 28, patah tangan dan suaminya pula, Sabri Botong, 28, hanya cedera ringan di kaki dan kini dirawat di hospital yang sama.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sabah berkata, pihak bomba menerima panggilan mengenai kejadian tersebut pada jam 8.26 malam.

Seramai 24 pegawai dan anggota bergegas ke lokasi kejadian

Menurutnya, seramai 24 pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas dan Kota Kinabalu bersama jentera serta Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) bergegas ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi, didapati berlaku tanah runtuh menghempap sebuah rumah yang didiami sembilan sekeluarga.

“Terdapat empat mangsa terbabit iaitu satu cedera di bahagian kaki manakala tiga lagi tertimbus tanah dan pokok,” ujarnya.

Menurutnya lagi, Isa yang berjaya dikeluarkan lebih awal telah dihantar ke hospital sebelum ketibaan pasukan bomba, namun malangnya tidak berjaya diselamatkan.

Selepas memastikan tiada lagi mangsa yang berada di dalam timbusan tanah runtuh serta keadaan sekeliling selamat, pihak bomba menamatkan operasi pada jam 10 malam.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.