fbpx
Now Reading
UTM Sahkan Pensyarah Buat Soal Selidik Lucah Bukan Kakitangan Mereka

UTM Sahkan Pensyarah Buat Soal Selidik Lucah Bukan Kakitangan Mereka

Menurut Naib Canselor UTM, pihaknya menyerahkan perkara tersebut kepada pihak polis untuk siasatan lanjut memandangkan universiti mereka sama sekali tidak terlibat.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Semalam, 17 Ogos. Universiti Teknologi Malaysia (UTM) mengesahkan pensyarah tular yang dikaitkan dengan kes gangguan seksual apabila mengeluarkan soalan kaji selidik berunsur lucah kepada pelajar perempuan, bukanlah pensyarah di universiti itu.

Menurut Naib Canselor UTM, Prof Datuk Dr Ahmad Fauzi Ismail, UTM langsung tidak mempunyai kaitan dengan kes tersebut bahkan beliau menjelaskan pelajar terbabit adalah dari universiti awam berlainan.

Tambahnya lagi, kes itu juga masih dalam siasatan oleh universiti terlibat.

“Kita telah merujuk kepada penasihat undang-undang UTM, pelajar itu bukan dari UTM dan kursus (yang tertera di soal selidik) itu tidak ada di UTM.

“UTM tidak ada kaitan, pensyarah itu tidak pernah berkhidmat dengan UTM dan tidak dikenali, kami sudah periksa…kami juga tidak tahu tujuan (mengapa soal selidik itu menggunakan logo UTM),” katanya dipetik dari Bernama.

Serah kepada polis untuk lakukan siasatan

Dalam pada itu, Ahmad Fauzi berkata, pihaknya kini menyerahkan perkara tersebut kepada pihak polis untuk siasatan lanjut memandangkan universiti mereka sama sekali tidak terlibat.

Dua hari lalu, Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintendan Mohd Fadhil Minhat mengesahkan kertas siasatan sudah dibuka dan semua pihak yang terlibat telah dipanggil untuk memberi keterangan untuk membantu siasatan kes berkenaan.

Menurutnya pada 16 Ogos lalu, Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Tangkak mengesan hantaran tular dalam aplikasi Twitter mengandungi imej memaparkan laporan polis dari Balai Polis Tangkak bertarikh 2 Jun 2021 mengenai perbualan telefon berunsur lucah melibatkan seorang penuntut perempuan di sebuah universiti awam di daerah tersebut.

Terdahulu seorang wanita, Farah yang juga bekas penuntut sebuah universiti tempatan di Johor tampil di Twitter mendakwa menjadi mangsa gangguan seksual oleh pensyarahnya.

Menurut Farah, pensyarah terbabit menggunakan kaji selidik palsu dengan logo dari universiti lain iaitu UTM dipercayai bertujuan untuk memperdayakan dirinya dan pelajar wanita.

Ia kemudian berakhir dengan perbualan telefon berunsur lucah yang dilakukan pensyarah terbabit hingga menimbulkan rasa tidak selesa kepada wanitai itu.

Lebih mengejutkan kejadian tersebut sudah pun berlaku setahun lalu sewaktu dia masih bergelar pelajar namun ianya masih belum berjaya diselesaikan.

[Terkini] Farah sebentar tadi mengesahkan telah dihubungi oleh pihak UTM pada Khamis, 18 Ogos yang ingin mendapatkan bukti mengenai kaji selidik tersebut. Dia juga sudah menyerahkan kertas soal selidik berkenaan untuk rujukan pihak universiti berkenaan.

Baca artikel berkaitan :

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.