fbpx
Now Reading
Kes Kereta Pengguna MRR2 Terkena Minyak, SUKE Sedia Tanggung Kos Cuci & Gilap Kereta
SUKE Highway terkena tumpahan minyak

Kes Kereta Pengguna MRR2 Terkena Minyak, SUKE Sedia Tanggung Kos Cuci & Gilap Kereta

Lebuhraya SUKE turut meminta pengguna yang terkesan dengan tumpahan minyak tersebut untuk menghubungi hotline atau email bagi tindakan lanjut.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum mengetahui Lebuhraya Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) bagi fasa pertama yang bermula dari persimpangan Cheras-Kajang sehingga ke Hulu Klang sudah dibuka sejak 16 September yang lalu.

Pemandangan yang cantik di sekitar kawasan lebuh raya tersebut telah membuatkan orang ramai mula menggunakan jalan raya ini. Walau bagaimanapun, masih terdapat beberapa bahagian di lebuh raya tersebut yang belum lagi siap sepenuhnya dan masih dalam pembinaan.

Terima aduan tumpahan minyak, pihak pengurusan tanggung kos cuci dan gilap kereta terlibat

Baru-baru ini, pihak SUKE Expressway telah menerima beberapa aduan dari pengguna jalanraya (MRR2) berhubung isu tumpahan minyak di tapak pembinaan Lebuhraya SUKE berdekatan Bandar Tasik Selatan.

Berikutan dari aduan tersebut, SUKE menerusi ciapan dalam Twitter rasminya memaklumkan pihak kontraktor dan Bahagian Projek Lebuhraya telah menghubungi pengguna yang terkesan untuk menanggung kos mencuci serta menggilap kenderaan tersebut.

Minta pengguna terkesan tampil dan hubungi pihak SUKE

Mengakui kesal dengan apa yang berlaku, pihak SUKE turut meminta orang ramai yang terlibat dalam insiden berkenaan untuk menghubungi pihaknya bagi tindakan selanjutnya.

“Kami memohon agar mereka yang terlibat dalam insiden itu untuk menghubungi kami melalui hotline (1300 88 9922) atau email (feedback.suke@prolintas.com.my) untuk tindakan selanjutnya.

“Segala kesulitan yang timbul amatlah kami kesali. Terima kasih atas maklum balas anda dan kami komited dalam memastikan pembinaan baki jajaran SUKE yang masih belum dilaksanakan sebaik mungkin,” ciapnya di dalam Twitter.

Pengguna kecewa dakwa kereta terkena tumpahan minyak

Memetik laporan Kosmo, sebelum ini terdapat seorang pengguna jalan raya yang menzahirkan rasa kecewanya di Facebook selepas kenderaan jenis Proton Pesona terkena tumpahan minyak yang didakwa disebabkan dari laluan SUKE.

“Baru lepas lalu jalan MRR2, habis kereta kena minyak tumpah dari Lebuh Raya Bertingkat SUKE, akhirnya lewat masuk kerja, punca betul,” kata pengguna itu.

Malah menerusi carian kami, perkara sama turut dibangkitkan seorang pengguna Twitter @amirrayazid.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.