fbpx
Now Reading
Kakak Baling Pisau Pada Adik Hingga Maut Direman 6 Hari

Kakak Baling Pisau Pada Adik Hingga Maut Direman 6 Hari

Suspek yang merupakan seorang pelajar tingkatan 6 akan ditahan reman sehingga Selasa, 25 Oktober, bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seorang remaja perempuan yang dipercayai membaling pisau pada adik lelakinya hingga maut di Iskandar Puteri, Johor semalam (19 Oktober), direman enam hari bermula hari ini.

Suspek yang merupakan seorang pelajar tingkatan 6 akan ditahan reman sehingga Selasa, 25 Oktober, bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Menurut laporan Kosmo, perintah reman terhadap remaja berusia 18 tahun itu dikeluarkan Majistret Nurmadiana Mamat selepas permohonan dikemukakan pegawai penyiasat Ibu Pejabat Polis Daerah Iskandar Puteri di Mahkamah Majistret Johor Bahru sebentar tadi.

Foto : Kosmo/ Raja Jaafar Ali

Dalam kejadian yang berlaku pada Isnin tengah hari (20 Oktober) di Kampung Ulu Pulai, Ulu Choh, mangsa seorang pelajar sekolah menengah dilaporkan maut selepas terkena pisau yang didakwa dibaling oleh kakaknya.

Menurut Polis Daerah Iskandar Puteri ACP Rahmat Ariffin, siasatan awal mendapati tragedi malang itu dipercayai berpunca apabila mangsa berusia 16 tahun bergaduh dengan suspek selepas berebut tempat duduk dalam kereta ketika baru pulang dari sekolah.

Namun kemuncak insiden berlaku itu selepas mangsa dipercayai mempersendakan kakaknya ketika suspek sedang masuk ke dalam rumah.

Baca artikel berkaitan :

Gara-gara Berebut Tempat Duduk, Kakak Baling Pisau Pada Adik Sehingga Maut

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.