fbpx
Now Reading
Bukan Ke Qatar Tengok Bola, Tengku Zafrul Ke Abu Dhabi Wakili Malaysia Untuk Urusan Rasmi
Tengku Zafrul nafi ke qatar untuk tengok world cup

Bukan Ke Qatar Tengok Bola, Tengku Zafrul Ke Abu Dhabi Wakili Malaysia Untuk Urusan Rasmi

Jelas Menteri MITI itu, kehadirannya ke Abu Dhabi adalah bertujuan untuk hadir ke Majlis Pemeteraian Perjanjian antara Petronas dan ADNOC.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Hangat di media sosial apabila netizen mula menyoalkan tentang keberadaan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz apabila pemimpin itu tiada dalam mesyuarat Jemaah Menteri.

Malah ada yang mendakwa ketiadaan pemimpin itu adalah kerana beliau kini berada di Qatar untuk menyaksikan Piala Dunia yang sedang berlangsung di negara tersebut.

Nafi ke Qatar untuk tonton Piala Dunia

Susulan tersebarnya dakwaan tersebut, Tengku Zafrul tampil menafikan hal berkenaan dan menjelaskan bahawa beliau sebenarnya ke Abu Dhabi bagi mewakili Malaysia di Majlis Permeteraian Perjanjian antara Petronas dan Abu Dhabi National Oil Company (ADNOC).

“Baru sahaja angkat sumpah, sudah keluar macam-macam berita palsu kononnya saya ponteng Mesyuarat Jemaah Menteri untuk tengok Piala Dunia di Qatar.

“Saya pergi Abu Dhabi bukan ke Doha bukan ke Qatar. Abu Dhabi tak ada Piala Dunia Doha yang ada. Saya ke Abu Dhabi atas urusan rasmi bukan saja-saja nak pergi.

“Tidak hadir Mesyuarat Jemaah Menteri ini bukan macam ponteng kelas, rasa tak nak pergi tak perlu pergi. Mana-mana menteri yang ingin ke luar negeri perlu mendapatkan kelulusan daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dahulu,” ujarnya dalam satu video yang dimuat naik di Twitter.

Jelasnya, sebaik sahaja selesai mengangkat sumpah sebagai menteri pada 3 December yang lalu beliau terus ke Ibu Pejabat MITI untuk berjumpa dengan ketua setiausaha dan pegawai kanan berhubung program tersebut.

Majlis Permeteraian Perjanjian turut dihadiri oleh Agong

Ujar Tengku Zafrul lagi, majlis itu turut dihadiri oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

“Perjanjian ini adalah salah satu perjanjian yang bersejarah dan terbesar untuk Malaysia dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) bagi sektor minyak dan gas.

“Kerana ia melibatkan pelaburan anatara dua negara bagi tempoh 30 tahun. Perjanjian ini melibatkan kerjasama meneroka dan menilai kawasan konsesi 2,000 kilometer persegi di Wilayah Al Dhafra,” jelasnya.

Akan beri taklimat tentang penjanjian dan bentang perkara lain pada Rabu (7 December) ini

Tambahnya lagi, beliau turut akan memberikan taklimat mengenai perjanjian ini serta membentangkan perkara lain semasa Mesyuarat Jemaah Menteri pada Rabu 7 December ini.

Beliau dalam masa sama turut meminta orang ramai untuk tidak mudah terpengaruh dengan berita palsu.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.