fbpx

Tular Pak Guard Halang Pelawat Berseluar Pendek Masuk Hospital, Ini Respon Pengarah Kesihatan Negeri [Video]

Pengarah Kesihatan Negeri Pahang memaklumkan kejadian tersebut berlaku disebabkan salah faham antara pengawal keselamatan dengan pelawat terbabit.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini, tular di media sosial satu rakaman yang menunjukkan seorang pelawat wanita dihalang memasuki sebuah hospital.

Menerusi perkongsian video di laman Twitter @jan_1513, kelihatan seorang pengawal keselamatan tidak membenarkan seorang pelawat wanita daripada memasuki hospital berkenaan kerana berseluar pendek.

Pengawal keselamatan hanya ikut arahan pihak atasan

Pada video sama, kedengaran pengawal keselamatan itu menjelaskan dia terpaksa berbuat demikian kerana mengikut arahan pihak atasan sahaja.

“Kami ni orang bawahan, kami terima arahan sahaja,” kata pengawal keselamatan itu.

Difahamkan, kejadian tersebut berlaku di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan, Pahang.

Kejadian berlaku disebabkan salah faham

Tidak lama kemudiannya, Pengarah Kesihatan Negeri Datuk Dr Nor Azimi Yunus memaklumkan kejadian tersebut berlaku disebabkan salah faham antara pengawal keselamatan dengan pelawat terbabit.

Menurutnya, sebelum ini tidak timbul isu bagi pelawat berpakaian sebegitu untuk masuk pada waktu melawat kecuali bagi mereka yang berpakaian menjolok mata, lapor Sinar Harian.

Jelasnya lagi, berkemungkinan pengawal keselamatan bertugas salah faham dengan definisi berpakaian untuk masuk ke hospital.

“Pihak HTAA telah mengambil langkah sewajarnya dengan memberi kefahaman kepada pengawal keselamatan dan mereka diminta untuk tidak membuat sebarang penguatkuasaan tanpa mendapat arahan rasmi daripada pihak hospital,” katanya dalam satu kenyataan semalam (8 Mac).

Ia tetap cetuskan berdebatan di kalangan netizen

Pun begitu, video berkenaan yang masih tular di laman Twitter tetap mencetuskan perdebatan di kalangan pengguna media sosial.

Segelintir pengguna Twitter dilihat bersetuju dengan tindakan yang dilakukan oleh pengawal keselamatan itu, Ini kerana ia telah termaktub dalam etika pemakaian yang telah ditetapkan kerajaan kepada semua pelawat.

Namun, sebahagian netizen menyalahkan pihak atasan hospital kerana meletakkan syarat tersebut dan ada yang mengecam tindakan pengawal keselamatan terbabit kerana berkeras menghalang pelawat itu daripada masuk.

Bagaimanapun, orang ramai dilihat membidas kembali kecaman yang dilemparkan itu dengan mengatakan pengawal keselamatan terbabit tidak bersalah dan hanya mengikuti arahan yang telah diberikan kepadanya.

Kami berharap penjelasan daripada Dr Nur Azimi dapat meredakan isu yang timbul.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.