fbpx
Now Reading
Isteri Musa Hassan Fail Cerai, Nafi Sebar Video Pertelingkahan Yang Tular [Video]

Isteri Musa Hassan Fail Cerai, Nafi Sebar Video Pertelingkahan Yang Tular [Video]

Elly Afizahwati membuat keputusan itu selepas mendapati tiada persefahaman lagi dengan suaminya itu, selain berlakunya shiqaq iaitu perbalahan berpanjangan antara mereka berdua.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Isteri kepada bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan, Puan Sri Elly Afizahwati Abdul Jalil hari ini (30 Mac) memfailkan permohonan cerai terhadapnya di Mahkamah Syariah Shah Alam.

Keputusan itu dilakukan Elly Afizahwati, 42, selepas mendapati tiada persefahaman lagi dengan suaminya itu, selain berlakunya shiqaq iaitu perbalahan berpanjangan antara mereka berdua.

Suri rumah itu turut mengakui rumah tangga mereka sudah bergolak lama selain pasangan ini juga tidak lagi tinggal sebumbung sejak enam bulan lalu.

“Saya failkan sebab sudah tidak tahan. Saya pun kenal Tan Sri (Musa) yang akan ambil macam-macam tindakan pada saya. 

“Jadi, saya tidak boleh lagi begini dan selepas tuntutan cerai ini, saya akan memfailkan tuntutan hak jagaan anak dan nafkah anak lelaki tunggal saya berusia 8 tahun,” katanya dipetik dari Utusan.

Rakaman sudah diserahkan kepada pihak polis lebih awal, tahu video tular dari adik

Elly bagaimanapun menafikan dia ada bertindak menyebarkan video tular memperlihatkan pertelingkahannya dengan bekas Ketua Polis Negara itu, baru-baru ini.

Sebaliknya rakaman itu hanya diserahkan kepada pihak polis terlebih dahulu semasa siasatan dijalankan di Ibu Pejabat Kontinjen Polis (IPK) Kuala Lumpur.

Dia dalam masa sama turut memandang serius penyebaran video tersebut dan lain-lain rakaman TikTok di media sosial selain komentar terhadapnya.

“Saya tidak berniat untuk menularkan video berkenaan, apatah lagi untuk menjatuhkan reputasi mana-mana pihak.

“Saya tahu mengenai penularan video tersebut daripada adik saya yang melihatnya di aplikasi TikTok.

“Saya turut mengecam penyebaran rakaman video itu kerana telah mendedahkan wajah anak saya yang masih kecil. Telefon bimbit mengandungi video tersebut telah diserahkan kepada polis, jadi saya tidak pasti sama ada ia tersebar kerana orang dalaman atau tidak,” katanya dalam video yang dikongsikan Utusan TV di TikTok.

Sehubungan itu Elly membuat laporan polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia untuk siasatan lanjut semalam, 29 Mac.

“Tiada niat untuk menjadikan rakaman itu tular apatah lagi menjatuhkan reputasi mana-mana pihak kerana rakaman itu tidak lebih kepada melindungi diri saya dan menjadi bukti yang boleh digunakan di Mahkamah Syariah kelak.

“Ekoran penyebaran video itu, saya telah dipanggil memberi keterangan di IPK Kuala Lumpur pada 1 Mac lalu, malah saya membuat laporan polis berhubung insiden pergaduhan yang berlaku sebelum ini,” katanya.

Terdahulu tular video Musa Hassan dan Elly bertelingkah sambil disaksikan oleh anak mereka.

Bekas Ketua Polis Negara itu kemudiannya memberi amaran kepada orang ramai agar tidak mencampuri urusan rumah tangganya atau bakal berdepan tindakan undang-undang.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.