fbpx
Now Reading
Najib Kekal Dipenjara, Mahkamah Persekutuan Buat Keputusan Majoriti 4-1 Tolak Permohonan Semak Kes SRC

Najib Kekal Dipenjara, Mahkamah Persekutuan Buat Keputusan Majoriti 4-1 Tolak Permohonan Semak Kes SRC

Menurut Vernon mahkamah mendapati tidak berlaku sebarang kegagalan dalam proses keadilan ketika pendengaran prosiding rayuan panel hakim Mahkamah Persekutuan yang diketuai Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat pada 23 Ogos tahun lalu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Mahkamah Persekutuan hari ini (31 Mac) menolak permohonan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk menyemak semula sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda kerana menyeleweng RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd.

Keputusan majoriti 4-1 itu dibacakan oleh Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Vernon Ong Lam Kiat selepas dipersetujui secara bersama oleh tiga lagi panel hakim iaitu Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Rhodzariah Bujang dan Datuk Nordin Hassan serta Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Abu Bakar Jais, lapor Malaymail.

Hakim Besar Sabah dan Sarawak Datuk Abdul Rahman Sebli yang mempengerusikan panel lima hakim itu bagaimanapun membuat keputusan sebaliknya.

Keputusan ini bermakna Najib akan terus duduk di dalam penjara selepas hampir tujuh bulan berbuat demikian.

Pada 28 Julai 2020, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali mendapati Najib bersalah atas kesemua tujuh pertuduhan iaitu tiga untuk pecah amanah jenayah, tiga untuk pengubahan wang haram, dan satu kerana salah guna kuasa.

Mohd Nazlan, yang kini hakim Mahkamah Rayuan, kemudian menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta kepada Najib jika gagal membayar lima tahun penjara.

Perkara sama turut diputuskan oleh panel lima hakim Mahkamah Persekutuan diketuai Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat pada 23 Ogos tahun lalu yang mengekalkan sabitan bersalah, terhadapnya.

Memetik Berita Harian, Vernon sewaktu membuat keputusan berkata mahkamah mendapati tidak berlaku sebarang kegagalan dalam proses keadilan ketika pendengaran prosiding rayuan panel hakim Mahkamah Persekutuan itu.

Jelas beliau, hak bekas Ahli Parlimen itu untuk mendapat perbicaraan yang adil tidak pernah dinafikan sewaktu prosiding rayuan terbabit.

Kronologi perbicaraan kes SRC Najib

Foto: Malaymail

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.