fbpx

Permohonan Pasport Secara ‘Online’ Di Tiga Pejabat Imigresen Di Lembah Klang Bermula 1 Jun

Tiada lagi urusan permohonan pasport di kaunter imgresen Kajang, Kelana Jaya dan Wangsa Maju atau secara terus bagi pemohon yang berumur 13 hingga 59 tahun.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengumumkan bahawa tiada lagi perkhidmatan kaunter bagi urusan pembaharuan pasport melibatkan kategori umur tertentu di tiga pejabat imigresen di Lembah Klang.

Urusan pembaharuan pasport akan dilaksanakan sepenuhnya secara dalam talian bagi tiga pejabat imigresen iaitu Kajang, Kelana Jaya dan Wangsa Maju bermula 1 Jun 2023.

“Ketiga-tiga pejabat cawangan ini dipilih kerana ia merupakan antara pejabat yang menjadi tumpuan di Lembah Klang dan antara pejabat yang mengeluarkan pasport yang tertinggi.” katanya.

Urusan ‘Renew’ Pasport Berdasarkan Kategori Pemohon

Namun setakat ini, hanya pemohon dari kategori umur 13 tahun hingga 59 tahun sahaja yang perlu membuat permohonan pembaharuan pasport secara online melalui sistem ‘MyOnline Passport’.

Manakala, ketiga-tiga pejabat itu masih lagi menerima permohonan di kaunter atau secara jumpa terus bagi enam kategori seperti:

  • Kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah
  • Warga emas yang berumur 60 tahun ke atas
  • Bakal jemaah haji yang menerima tawaran Tabung Haji
  • Pelajar yang berumur 21 tahun ke bawah yang menerima tawaran pengajian ke luar negara
  • Orang kurang upaya (OKU)
  • Ahli keluarga yang mengiringi pemohon kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah

Menurut beliau, bermula Januari sehingga sehingga 12 Mei, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah mengeluarkan 1.67 juta pasport dan daripada jumlah itu, 464,725 pasport adalah daripada permohonan secara dalam talian.

Baca Artikel Berkaitan: Tak Perlu Beratur! Ini Cara Renew Pasport Secara Online

Baca Artikel Berkaitan: Pasport Malaysia ke 13 paling power dalam dunia dan ke 2 di Asia Tenggara

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.