fbpx
Now Reading
Berseloroh Minta Nombor Telefon Pelajar, Anwar Ibrahim Digesa Mohon Maaf

Berseloroh Minta Nombor Telefon Pelajar, Anwar Ibrahim Digesa Mohon Maaf

Gurauan ingin meminta nombor telefon itu dilakukan oleh Anwar Ibrahim ketika berada dalam satu forum Temu Siswa yang diadakan di USIM pada 24 Jun lalu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini, hangat di media sosial berhubung satu video tular memaparkan Perdana Menteri (PM), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berseloroh ingin meminta nombor telefon kepada seorang pelajar perempuan.

Gurauan itu dilakukan dalam satu program Temu Siswa di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) pada 24 Jun lalu selepas pelajar tingkatan enam dari SMK Tunku Ampuan Durah, Seremban itu mengajukan soalan kepada beliau.

“Saya bangga dengan Adriana (pelajar) ni, tingkatan enam pun tanya soalan begitu kemas. Kalau saya muda saya minta nombor telefon dah.

“Okay bergurau je, Azizah (Datuk Dr.Wan Azizah Wan Ismail) sedang menonton ni,” katanya sambil berseloroh.

Gurauan itu turut disambut oleh moderator yang berkata, “Datuk Seri kalau dapat boleh bagi saya.”

Ia kemudian disorak oleh orang ramai yang berada di program berkenaan.

Amira Aisya gesa Anwar Ibrahim mohon maaf

Walau bagaimanapun, gurauan yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim itu telah menimbulkan pelbagai reaksi di kalangan orang ramai khususnya anak muda termasuklah Timbalan Presiden Parti Ikatan Muda Malaysia, Amira Aisya Abd Aziz dan Timbalan Pengerusi Biro Undang-Undang dan Perlembagaan Bersatu, Sasha Lyna Abdul Latif yang meminta PM untuk memohon maaf atas perkara itu.

Menurut Amira kebanyakan lelaki yang lebih tua menganggap perkara itu hanyalah sebagai satu gurauan namun ia tidak buat golongan wanita.

“Malangnya semua lelaki yang lebih tua merasakan ini sebagai gurauan. Wanita yang melihat perkara ini setiap hari sentiasa perlu menjelaskan mengapa kami tidak tersenyum atau ketawa pada ‘lawak’ tersebut.

“Melihat DSAI (Anwar Ibrahim) melakukan perkara ini pada skala bersar akan mengekalkan kepercayaan tersebut. Anwar Ibrahim perlu memohon maaf secara terbuka sebagai contoh yang baik kepada lelaki.

“Agar mereka faham, tindakan ini adalah tidak baik, terutama sekali apabila ia datang daripada seseorang yang mempunyai kedudukan dan kuasa,” ciap Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Puteri Wangsa itu di Twitter.

Katanya lagi sekiranya Anwar mengagumi pelajar berkenaan cukup dengan hanya memujinya saha tanpa membuat sebarang komen yang menganggu.

Sasha sifatkan gurauan Anwar kepada pelajar terbabit melampau, diskriminasi dan seksis

Sementara itu Sasha Lyna turut menyifatkan bahawa ia adalah sesuatu yang melampau, diskriminasi serta seksis.

“Ia adalah paparan bahasa diskriminasi, melampau dan seksis oleh Perdana Menteri berusia 75 tahun kepada Adriana (pelajar) yang berusia 18 tahun.

“Dalam keadaan apa pun bahasa seperti ini tidak boleh diterima. Dalam forum televisyen awam, ia berkali-kali ganda mengejutkan.

“Apakah contoh yang ditunjukkan oleh perdana menteri untuk belia negara? Apakah tidak mengapa mengabaikan kecerdasan dan keupayaan wanita dan sebaliknya menganggap mereka sebagai objek godaan?” tanya Sasha, dipetik Malaysiakini.

Jelas Sasha, gurauan seperti itu pasti tidak akan dilakukan oleh PM sekiranya individu yang mengajukan soalan tersebut adalah seorang lelaki.

PM seharusnya tahu gurauan seperti itu tidak wajar dilakukan

Ujarnya, beliau yang merupakan seorang ahli politik yang sudah lama memperjuangkan gerakan reformasi sejak 25 tahun dahulu seharusnya tahu gurauan seperti itu tidak patut dilakukan.

“Ini seorang yang gemar menekankan ‘wanaca bertamadun’ di setiap forum dan mimbar. Tetapi wacana bertamadun nampaknya tidak dilakukan dalam kesempatan ini.

Turut gesa Anwar mohon maaf pada pelajar, individu terlibat serta negara

Sasha berkata, sebagai Perdana Menteri beliau perlu memupuk sikap saling menghormati, bebas dari sebarang diskriminasi, prejudis mahupun seksisme.

Oleh itu, Sasha mengesa agar Anwar Ibrahim terima bahawa gurauan dilakukan ketika forum awam itu seksis dan perlu memohon maaf kepada pelajar terbabit serta semua yang terlibat dalam acara tersebut dan juga kepada negara.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.