fbpx
Now Reading
Anggota Polis IPD Rembau Ditemui Maut Dengan Kesan Tembakan Di Bahagian Kepala

Anggota Polis IPD Rembau Ditemui Maut Dengan Kesan Tembakan Di Bahagian Kepala

Semasa kejadian, mangsa ditemukan mati berlumuran darah dengan kesan tembakan di kepala di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah IPD Rembau.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seorang anggota polis berpangkat Sarjan ditemui maut dengan kesan tembakan di kepala pada petang 1 Julai yang lalu. Kejadian itu dipercayai berlaku pada jam 6.30 petang di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Rembau, Negeri Sembilan.

Menurut Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yussof, mangsa yang berusia 58 tahun merupakan pegawai di IPD berkenaan.

Ketika kejadian, mangsa ditemui maut dengan keadaan berlumuran darah di kepala akibat kesan tembakan dipercayai berlaku di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah IPD Rembau.

Menurut beliau, mayat mangsa kini telah dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar bagi tujuan bedah siasat. Menerusi satu kenyataan, Ahmad Dzaffir meminta agar orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian ini.

“Pihak polis meminta orang ramai tidak mengeluar apa-apa kenyataan yang boleh mengganggu siasatan pihak polis dan menghormati keluarga si mati,” katanya.

Kes ini diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR) dan siasatan terperinci sedang dijalankan.

Mangsa Seorang Yang Rajin & Disenangi Ramai

Pada masa yang sama, rakan mangsa menyifatkan mangsa sebagai seorang yang rajin dan disenangi ramai. Ini kerana dia dikatakan sering membantu masyarakat setempat di kawasan perumahan mereka.

Baca Artikel Berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.