fbpx
Now Reading
Tular Pemandu Van Lawan Arus Di Jalan Ampang Ada Rekod Jenayah Lampau & Waran Tangkap [Video]

Tular Pemandu Van Lawan Arus Di Jalan Ampang Ada Rekod Jenayah Lampau & Waran Tangkap [Video]

Menurut Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, siasatan awal mendapati telah berlaku kemalangan di Jalan Besar Ampang melibatkan lima kenderaan pada pukul 12.14 tengah hari, Sabtu lalu (1 Julai).

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini, tular di media sosial satu video yang memaparkan tindakan sebuah van yang bergerak secara mengundur selepas dikejar beberapa individu.

Difahamkan, pemandu van terbabit yang sudah ditahan polis semalam (2 Julai) itu bertindak demikian kerana ingin melarikan diri selepas terlibat kemalangan di Jalan Ampang.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Azam Ismail berkata, pihaknya terkesan dengan satu video tular di media sosial memaparkan kejadian tersebut.

Berlaku kemalangan libat lima kenderaan di Jalan Besar Ampang

Menurutnya, siasatan awal mendapati telah berlaku kemalangan di Jalan Besar Ampang melibatkan lima kenderaan pada pukul 12.14 tengah hari, Sabtu lalu (1 Julai).

“Kemalangan berlaku apabila suspek dipercayai cuba melarikan diri selepas melanggar sebuah kenderaan di Jalan Ampang kerana dikejar orang awam yang berada di tempat kejadian.

“Suspek kemudian yang memandu secara melawan arus telah melanggar empat kenderaan lain sebelum melarikan diri melalui jalan belakang kedai Pekan Ampang,” katanya dalam satu kenyataan semalam (2 Julai).

Menurutnya lagi, kemalangan tersebut menyebabkan kerosakan kepada semua kenderaan terlibat, namun tiada kecederaan dialami pemandu.

Suspek ditahan selepas hadir di Balai Polis Trafik Ampang Jaya

Susulan penularan video tersebut, beliau berkata pemandu lelaki tempatan berusia 40-an itu telah ditahan selepas hadir membuat laporan di Balai Trafik Ampang Jaya.

“Ujian saringan air kencing adalah negatif dan suspek telah dibawa ke Hospital Ampang untuk mengambil sampel darah bagi tujuan pemeriksaan kandungan alkohol.

“Semakan rekod mendapati suspek mempunyai enam rekod jenayah lampau, tujuh rekod saman trafik tertunggak dan dua waran tangkap trafik,” katanya lagi.

Berkongsi lanjut, Mohd. Azam berkata kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 54 APJ 1987 dan Seksyen 42(1) APJ 1987.

Tular video van mengundur rempuh motosikal dan restoran

Terdahulu, tular di media sosial satu video kekecohan berlaku apabila sebuah van putih yang sedang bergerak secara mengundur telah melanggar sebuah motosikal dan restoran.

Dalam video sama, kelihatan beberapa individu sedang mengejar van tersebut sambil meminta pemandu terbabit untuk berhenti.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.