fbpx

Wanita Ditemui Maut Dengan Kesan Tikaman Di Perut Selepas Cuba Tikam Anak OKU

Saksi yang merupakan adik mangsa mendakwa dia hanya menyedari kejadian tragis itu ketika dihubungi oleh ibunya yang meminta dia untuk ke rumah kakaknya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seorang wanita berusia 56 tahun maut dengan kesan tikaman di bahagian perut dalam kejadian yang berlaku di sebuah rumah Taman Kota Laksamana, Melaka.

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 3.30 petang pada 12 Julai itu turut melibatkan anak kandungnya yang berusia 26 tahun dan berstatus orang kurang upaya (OKU).

Ketika ditemui, anaknya turut mempunyai kecederaan di bahagian leher dipercayai akibat ditikam.

Saksi Dakwa Mangsa Cuba Tikam Anak Sendiri Sebelum Cederakan Diri

Saksi yang juga merupakan adik mangsa mendakwa dia hanya menyedari kejadian tragis tersebut ketika dihubungi oleh ibunya yang meminta dia untuk ke rumah kakaknya.

“Ibu memberitahu kakak tidak sedarkan diri kerana mencederakan diri sendiri selepas cuba menikam leher anak keduanya,” katanya.

Setelah tiba di tempat kejadian, dia melihat anak saudaranya berada dalam keadaan berlumuran darah kesan daripada kecederaan di leher akibat ditikam.

Saksi juga telah diberitahu bahawa kakaknya berada di tingkat atas dan mempunyai pisau di tangan.

“Sebaik ke ruang tamu, saya lihat kakak tertiarap di lantai dalam keadaan berlumuran darah, selain ada kesan darah di dinding,” ujarnya.

Mangsa Beri ‘Ubat’ Kepada Anak, Sebelum Acu Pisau Ke Leher Anak

Sebelum kejadian, mangsa dipercayai meminta anaknya untuk menelan pil dan tidur. Namun, mangsa didakwa tiba-tiba bertindak agresif dengan mengacukan pisau ke leher anaknya.

Anak wanita berkenaan dikatakan sempat menyelamatkan dan mengunci diri dalam bilik.

“Anak saudara saya yang cedera dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan,” katanya.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christoper Patit mengesahkan kejadian dan kes kini diklasifikasikan sebagai mati mengejut. Beliau juga memaklumkan bahawa siasatan lanjut sedang dijalankan.


Talian Bantuan Untuk Kesihatan Mental

Sekadar info bersama, sekiranya anda atau sesiapa sahaja yang anda kenali mempunyai masalah menguruskan kesihatan mental, hubungi nombor-nombor di bawah yang mungkin dapat membantu masalah tersebut:

Malaysian Mental Health Association (MMHA)
+6032780 6803
E-mail: admin@mmha.org.my
Laman web: https://mmha.org.my/

BEFRIENDERS
KL: +6 03 7956 8145 (24 jam),
Ipoh: +6 05 547 7933 (4pm to 11pm)
Penang: +6 04 281 5161 (3pm to midnight)
E-Mail: sam@befrienders.org.my
Laman web: https://www.befrienders.org.my/

All Women’s Action Society (AWAM) @Telenita
+6 03 7877 0224
E-Mail: awam@awam.org.my
Laman web: https://www.awam.org.my

Baca Artikel Berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.