fbpx
Now Reading
Pelajar Tingkatan 1 Maut Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

Pelajar Tingkatan 1 Maut Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

Kejadian tersebut hanya disedari oleh tukang kebun yang melihat mangsa terbaring di atas jalan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seorang pelajar perempuan yang berusia 13 tahun ditemui maut dipercayai akibat terjatuh daripada tingkat dua bangunan sekolahnya.

Kejadian dipercayai berlaku di sebuah sekolah menengah di Durian Daun, Melaka pada jam 2.15 petang Khamis (20 Julai).

Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Tukang Kebun Lihat Mangsa Terbaring

Menurut Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christoper Patit, siasatan awal mendapati mangsa ditemui terbaring di tingkat bawah bangunan sekolah tersebut.

Tambah beliau, tiada saksi yang melihat kejadian berkenaan. Namun, kejadian itu hanya disedari oleh tukang kebun yang melihat mangsa terbaring di atas jalan.

Pihak polis menerima panggilan kecemasan daripada guru sekolah berkenaan berhubung kejadian itu.

Mangsa Dipercayai Terjatuh Dari Tingkat Dua, Tiada Unsur Jenayah

Menurut Christoper, mangsa dipercayai terjatuh daripada tingkat dua bangunan sekolah tersebut ekoran daripada penemuan kasut yang dipercayai milik mangsa.

“Kejadian itu dipercayai berlaku di tingkat dua berikutan terdapat kasut mangsa ditinggalkan di kaki lima bangunan berkenaan,” kata beliau.

Motif kejadian masih lagi dalam sisatan namun hasil siasatan forensik mengesahkan tiada unsur jenayah dan khianat yang terlibat dengan kejadian itu.

“Mayat mangsa dibawa ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Melaka untuk proses bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” ujar beliau.

Baca Artikel Berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.