fbpx

PDRM Syak Bom Pada Kereta Siti Kasim Satu Cubaan Bunuh

Menurut KPN, pihak polis juga sedang mengesan cap jari serta bukti-bukti berkaitan untuk menyiasat kes membabitkan bahan letupan yang dijumpai pada kereta Siti Kasim.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pada 21 Julai lalu, Malaysia digemparkan dengan penemuan bahan letupan pada kenderaan peguam serta aktivis hak asasi manusia, Siti Zabedah Kasim.

Isu itu mula menarik perhatian apabila Siti Kasim berkongsi mengenai penemuan itu di Facebook Live ketika menghantar kereta tersebut di sebuah pusat servis kenderaan.

Bermula daripada pemeriksaan kenderaan yang biasa pekerja bengkel pusat servis kemudian menemukan dua buah botol yang dipenuhi dengan wayar yang diikat pada tayar kenderaan Siti Kasim di bahagian belakang.

Dia kemudian bertindak menghubungi 999 serta mendapatkan bantuan pihak berkuasa berhubung ancaman bahan letupan berkenaan dan polis mengesahkan bom tersebut adalah jenis Improvised Explosive Device (IED).

Baca artikel berkaitan: Bahan Letupan Jenis IED Ditemui Pada Kereta Siti Kasim [Video]

Objek bahan letupandiletakkan pada kereta Siti Kasim adalah jenayah serius

Terbaharu Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Razarudin Husain menjelaskan bahawa objek yang dipercayai bahan letupan berkenaan adalah satu jenayah yang serius seperti cubaan untuk membunuh.

Katanya, polis ketika ini sedang membuat penyiasatan lanjut secara agresif berhubung isu yang tular itu.

“Pihak polis akan ambil tindakan agresif dalam siasatan ini. Jenayah sebegini tidak boleh dibiarkan kerana memberi peluang kepada individu tidak bertanggungjawab melakukan sedemikian.

“Polis juga sedang mengesan cap jari serta bukti-bukti berkaitan bagi siasatan lanjut. Siasatan lanjut sedang dijalankan Kontinjen Kuala Lumpur,” jelasnya, dipetik Kosmo.

Keterangan 9 saksi dah diambil

Setakat ini polis telah merakam keterangan sembilan saksi untuk membantu siasatan.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain memaklumkan pihaknya sudah memiliki video litar tertutup (CCTV) bagi membantu siasatan kes tersebut.

“Pihak polis sedang membuat penelitian ke atas setiap CCTV melibatkan tempat yang dimaklumkan oleh mangsa,” ujarnya, lapor Sinar Harian.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.