fbpx
Now Reading
PRN: Baddrol Bakhtiar & Radhi Mat Din Antara Calon PN Kedah, Bekas Pemain Bola Sepak Kini Ceburi Politik

PRN: Baddrol Bakhtiar & Radhi Mat Din Antara Calon PN Kedah, Bekas Pemain Bola Sepak Kini Ceburi Politik

Selain mereka berdua, Menteri Besar Kedah Sanusi juga akan terus mempertahankan DUN Jeneri pada PRN 12 Ogos depan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum mengetahui, awal bulan ini Suruhanjaya Pilihana Raya (SPR) telah mengumumkan tarikh Pilihan Raya Negeri (PRN) akan diadakan pada 12 Ogos 2023.

PRN kali ini mencatat sejarahnya tersendiri apabila enam negeri akan mengadakan pilihan raya secara serentak pada tarikh tersebut.

Buat pertama kalinya juga, keenam-enam negeri ini iaitu Kelantan, Terengganu, Selangor, Negeri Sembilan, Kedah dan Pulau Pinang akan memilih Dewang Undangan Negeri (DUN) masing-masing secara berasingan daripada Pilihan Raya Umum (PRU).

BACA ARTIKEL BERKAITAN: PRN: SPR Umum 12 Ogos Hari Mengundi & 29 Julai Penamaan Calon [Video]

PN umum calon DUN di 3 negeri semalam

Hari penamaan calon yang diumumkan oleh Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh adalah pada 29 Julai depan, oleh itu parti Perikanan Nasional (PN) di Selangor, Kedah dan Pulau Pinang telah mengumumkan calon mereka pada malam semalam (26 Julai).

Terdapat seramai 132 calon yang akan bertanding mewakili PN di ketiga-tiga negeri ini dengan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor akan terus mempertahan DUN Jeneri.

Baddrol Bakhtiar calon PN bertanding di DUN Gurun

Apa yang lebih menarik perhatian ramai, bekas Kapten Harimau Malaya, Kedah Darul Aman FC dan Sabah FC, Baddrol Bakhtiar turut diumumkan sebagai calon DUN Gurun.

Selain Baddrol, seorang lagi bekas pemain bola sepak Kedah dan Harimau Malaya, Radhi Mat Din yang popular di era 1990-an turut dibariskan di DUN Alor Mengkudu. Beliau sebelum ini pernah bertanding pada PRU14 di Parlimen Pokok Sena namun tewas di sana.

Maka benarlah khabar angin yang sohor di media sosial sebelum ini mengatakan Baddrol akan menceburi bidang politik pula.

Rakyat Kedah cukup mengenali Baddrol

Pemilihan Baddrol di DUN Gurun ini merupakan satu strategi yang agak baik memandangkan namanya sudah cukup dikenali bagi rakyat Kedah kerana jasanya sebelum ini bersama skuad Sang Kenari itu.

Pun begitu, kita tidak dapat memastikan sama ada masyarakat di Gurun akan turun mengundinya atau sebaliknya, sama-sama kita nantikan keputusan selepas PRN nanti.

Untuk info, selain Sanusi, Baddrol dan Radhi seramai 33 lagi calon pelbagai latar belakang diumumkan pada Majlis Pengisytiharan calon PN bagi DUN Kedah di Kompleks PAS Kota Sarang Semut semalam.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: BN Perlu Guna Tujuh Formula Untuk Menang PRN Di 6 Negeri – Ahmad Maslan

BACA ARTIKEL BERKAITAN:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.