fbpx
Now Reading
PRN 6 Negeri: Tajuddin Enggan Kempen Untuk UMNO, Sudah 4 Kali Buat Rayuan Penggantungan Keahlian

PRN 6 Negeri: Tajuddin Enggan Kempen Untuk UMNO, Sudah 4 Kali Buat Rayuan Penggantungan Keahlian

Menurut Tajuddin, bagaimana beliau ingin berkempen untuk UMNO sekiranya penggantungan keahlian tidak mendapat respon.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pejam celik tidak lama sahaja lagi, rakyat Malaysia di enam negeri akan menjalankan tanggungjawab mereka untuk memilih wakil rakyat sempena dengan Pilihanraya Negeri (PRN) akan datang.

Malah, ketika ini kita juga dapat melihat kebanyakan parti sudah mula sibuk untuk menyusun strategi kempen dan mengetengahkan calon mereka yang bakal bertanding bagi PRN nnti.

Tajuddin tak berkempen untuk PRN

Walau bagaimanapun berbeza dengan bekas Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman ini apabila dia membuat keputusan tidak berkempen untuk UMNO bagi PRN akan datang selepas mendakwa parti itu tidak memberi sebarang respon rayuan menarik semula penggantungan keahliannya.

Jelas bekas Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani 1 itu, sudah empat kali rayuan penggantungan dibuat tetapi ia tidak mendapat respon malah menyatakan dia tidak akan merayu lagi.

“Itulah saya cakap.. bagi baliklah keris saya itu, keahlian saya itu. Penggantungan keahlian saya itu kenapa tak ada respon? Kalau nak suruh saya kempen, tapi penggantungan saya itu lepaskanlah.

“Macam mana nak buat kerja? Nak tolong (kempen) kalau saya pun ‘diikat’, kaki saya ‘diikat’, tangan saya ‘diikat’, nak buat apa?” ujarnya dipetik FMT.

Perkara itu dimaklumkan Tajuddin selepas beliau diminta untuk menjelaskan mengenai kesediaannya untuk melakukan kempen pada PRN akan datang ini, termasuklah status rayuan penggantungan keahliannya selama enam tahun.

Gesa Presiden UMNO tarik semula penggantungan

Terdahulu, bekas pemimpin itu turut meminta agar Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bagi menarik semula penggantungannya agar dapat melakukan gempur kepada pesaing parti tersebut.

“Saya dalam UMNO 50 tahun, daripada jadi ketua pemuda pada usia 25 tahun. Mereka buat saya macam ini apa salah saya? Takkan tak boleh mengkritik bagi pandangan, bagi nasihat, takkan tak boleh ditegur? Nak jadi apa parti kalau tak boleh ditegur?” ujarnya lagi.

Tak kecewa dengan UMNO sebaliknya menyifatkan pemimpin yang bersalah

Beliau bagaimanapun tak kecewa dengan parti berkenaan namun menyifatkan pemimpinnya yang bersalah.

“Nampak pemimpin ini tak ada kepentingan parti, lebih kepentingan peribadi. Nak kedudukan, pangkat, tak fikirkan parti. Mereka tahu parti dalam keadaan lemah pun mereka tak kisah, mereka rasa yakin sahaja, macam sebelum PRU15.

“Jadi kerajaan menumpang pun rasa hebat lagi, apa benda ni? Di mana maruah UMNO,” jelasnya yang turut menolak daripada menyertai parti lain buat masa ini.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.