fbpx
Now Reading
Pengumuman Peruntukan Ahmad Zahid Tiada Kaitan Dengan PRN – PMX

Pengumuman Peruntukan Ahmad Zahid Tiada Kaitan Dengan PRN – PMX

Anwar Ibrahim mengulas kenyataan yang dibuat oleh Timbalan Presiden PAS bahawa pengumuman peruntukan oleh Ahmad Zahid Hamidi merupakan satu bentuk rasuah menjelang PRN.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum mengetahui Pilihan Raya Negeri (PRN) 2023 di enam buah negeri di Malaysia iaitu Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Kelantan dan Terengganu akan diadakan pada 12 Ogos 2023.

Malah, bahang PRN 2023 kian terasa apabila parti yang bertanding telah mengumumkan nama wakil melalui proses penamaan calon yang telah diadakan pada 29 Julai yang lalu.

Sudah pastinya bagi tempoh dua minggu ini, pelbagai manifesto dan inisiatif akan dihidangkan kepada pengundi sebagai kempen bagi meraih undian.

Namun bagi sesetengah pihak, ada yang menyifatkan tindakan kerajaan pemerintah mengumumkan pelbagai inisiatif dan peruntukan kepada rakyat merupakan satu kempen dan rasuah untuk PRN akan datang.

Antaranya seperti pengumuman yang dibuat oleh Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berhubung peruntukan lebih RM500,000 kepada persatuan belia di Terengganu.

Pengumuman Peruntukan Tiada Kaitan Dengan PRN

Walau bagaimanapun, menurut Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim, pengumuman peruntukan yang dibuat oleh Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri tiada kaitan dengan PRN yang akan datang.

Ini kerana, pengumuman yang dibuat oleh Ahmad Zahid adalah sebelum proses penamaan calon iaitu pada Jumaat (28 Julai).

“Ada orang cadang jangan buat pengumuman langsung mengenai peruntukan itu, ini tidak boleh kerana saya adalah Perdana Menteri, perlu jaga negara dan semuanya. Kalau penting, maka kita umum.

“Tetapi saya sudah memberitahu tidak boleh guna jentera negeri dan tidak boleh khusus dijadikan kempen pada PRN ini mulai semalam hingga hari pengundian. Itu adalah keputusan Jemaah Menteri,” katanya yang dipetik daripada Harian Metro.

Beliau mengulas kenyataan yang dibuat oleh Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man yang menyatakan tindakan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah yang mengumumkan peruntukan kepada tiga persatuan belia di Terengganu merupakan satu bentuk rasuah menjelang PRN.

Ketua Pengarah SPRM Umum Peruntukan Bukan Rasuah

Pada masa yang sama, menurut Ketua Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) Tan Sri Azam Baki, pengumuman peruntukan kepada belia Terengganu adalah tidak menyalahi undang-undang atau berunsur rasuah.

Bagi beliau, kerajaan pemerintah berhak untuk mengumum dan memberikan insiatif yang difikirkan wajar untuk rakyat.

“Jadi kalau inisiatif peruntukan ini sudah diluluskan oleh kerajaan, jadi ia tiada unsur rasuah,” kata beliau.

Terdahulu, Ahmad Zahid mengumumkan peruntukan kepada tiga persatuan belia Terengganu ketika merasmikan Himpunan Belia Lestari Generasi Unggul sempena program Sentuhan Kasih Desa di Bandar Al Muktafi Billah Shah pada 28 Julai lalu.

Pengumuman peruntukan itu adalah bertujuan bagi pembangunan aktiviti golongan belia di negeri berkenaan dengan jumlah peruntukan sebanyak RM100,000 kepada Persatuan Belia Gabungan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH), RM250,000 kepada Majlis Belia Malaysia Terengganu dan RM200,000 bagi persatuan permotoran di negeri tersebut.

Baca Artikel Berkaitan: “Dulu Kata BN Tabur Gula²” – Syed Saddiq Persoal Kenapa Kerajaan Umum Bantuan Ketika Pilihan Raya [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Sedia Bas Untuk Balik Mengundi Pada Pilihan Raya Adalah Satu Kesalahan – SPRM

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.