fbpx
Now Reading
Wanita Pukul Bekas Suami Gara-Gara Hutang RM87,000

Wanita Pukul Bekas Suami Gara-Gara Hutang RM87,000

Menurut Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, mangsa didatangi oleh bekas isteri berusia 38 tahun yang sebelum itu bertindak memarahi mangsa berhubung hutang sejumlah RM87,000.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Buat pasangan yang berkahwin, pastinya mahu hubungan itu berkekalan sehingga akhir hayat. Namun, siapalah kita yang hendak menidakkan takdir sekiranya terpaksa berpisah dengan pasangan di tengah jalan.

Lazimnya, antara punca utama yang menyebabkan penceraian adalah faktor kewangan, curang, campur tangan keluarga dan keganasan rumah tangga.

Meskipun tidak semua, namun rata-rata yang berpisah pasti tidak mempunyai hubungan yang baik dengan bekas peneman hidup mereka lebih-lebih lagi jika pasangan itu meninggalkan beban atau masalah.

Wanita Pukul Bekas Suami Gara-Gara Hutang RM87,000

Begitu juga yang terjadi kepada seorang wanita apabila ditahan oleh polis kerana memukul bekas suaminya yang berhutang RM87,000.

Menurut Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohd. Azam Ismail, kejadian berlaku di sebuah kediaman di Bukit Indah, Ampang semalam (6 Ogos).

Menurut beliau, mangsa didatangi oleh bekas isteri berusia 38 tahun dan wanita berkenaan bertindak memarahi lelaki itu berhubung hutang sejumlah RM87,000.

Ketika kejadian, mangsa yang merupakan lelaki tempatan berusia 28 tahun sedang mengemas rumah sewanya sebelum diserahkan kepada pemilik asal.

“Mangsa yang bekerja sebagai peniaga itu telah ditumbuk pada bibir dan diketuk menggunakan hulu pengikis simen di kepala serta ditendang pada perut oleh wanita terbabit,” kata beliau.

Suspek Ditahan Hari Yang Sama, Baharu Bercerai 11 Julai

Ekoran daripada kejadian itu, suspek yang bekerja sebagai akauntan telah ditahan pada jam 9.45 malam hari yang sama di Ampang, Selangor.

“Siasatan mendapati, pasangan tersebut baru sahaja bercerai 11 Julai lalu serta mempunyai seorang anak perempuan berusia satu tahun tujuh bulan.

“Permohonan reman akan dipohon di Mahkamah Majistret Ampang pada pagi ini,” ujar beliau.

Tambah beliau, kes kini disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan, Seksyen 18A Akta Keganasan Rumah Tangga.

“Jika disabitkan boleh diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai satu tahun atau dengan denda atau dengan sebat, atau dengan mana-mana dua daripada hukuman-hukuman itu,” katanya.

KENYATAAN MEDIA KETUA POLIS DAERAH AMPANG JAYA (7.8.2023) – TANGKAPAN SEORANG PEREMPUAN TEMPATAN TERLIBAT KES PUKUL BEKAS SUAMI

Posted by Polis Daerah Ampang Jaya Page on Sunday, 6 August 2023

Baca Artikel Berkaitan: Pukul Bekas Isteri Kerana Enggan Bergambar, Penyanyi Ditahan Polis

Baca Artikel Berkaitan: Trend Penceraian Makin Meningkat, Pakar Cadang ‘Upgrade’ Modul Kursus Praperkahwinan

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.