fbpx
Now Reading
Warga Emas Kerugian, Peragut Larikan Wang Tunai RM70,000 Dalam Bakul Motosikal

Warga Emas Kerugian, Peragut Larikan Wang Tunai RM70,000 Dalam Bakul Motosikal

Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 10.45 pagi pada 14 Ogos dan mangsa dikatakan sedang menunggang motosikal di Jalan Kebun Sultan, Kota Bharu Kelantan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak belakangan ini, jenayah ragut dilihat semakin menjadi-jadi. Sebut sahaja tentang ragut, wanita merupakan mangsa yang sering menjadi sasaran utama golongan ini.

Namun, sejak akhir-akhir ini, lelaki juga tidak terkecuali turut menjadi sasaran dan mangsa penjenayah ini.

Begitulah yang terjadi kepada seorang lelaki warga emas yang terpaksa berputih mata apabila wang tunai hasil jualan kedai runcit dibawa lari oleh peragut.

Wang Hasil Jualan Runcit RM70,000 Lesap, Diragut Ketika Sedang Menunggang Motosikal

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Bharu Asisten Komisioner Mohd. Rosdi Daud, kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 10.45 pagi, 14 Ogos dan mangsa dikatakan sedang menunggang motosikal di Jalan Kebun Sultan, Kota Bharu Kelantan.

Siasatan awal mendapati mangsa yang berusia 60 tahun itu sedang dalam perjalanan ke sebuah bank untuk mendepositkan wang hasil jualan kedai runcit bernilai RM70,000. Wang tersebut diletakkan dalam bakul motosikal milik mangsa.

 “Semasa tiba di depan sebuah premis di Jalan Kebun Sultan, sebuah motosikal menghampiri mangsa sebelum meragut sebungkus beg plastik hitam yang mengandungi wang tunai itu dan dua buah telefon bimbit yang diletakkan di dalam bakul motosikalnya.

“Berdasarkan keterangan mangsa yang merupakan pemilik perniagaan runcit di Cabang Empat Cherang di sini, suspek disyaki merupakan seorang lelaki dengan ketinggian kira-kira 170 sentimeter dan bertutur dalam dialek Kelantan,” kata beliau.

Menurut Rosdi, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian berkenaan pada jam 1.50 petang. Ketika kejadian, suspek dikatakan menunggang motosikal berwarna hijau atau hitam, memakai jaket, berseluar serta bertopi keledar warna gelap.

Walau bagaimanapun, mangsa tidak dapat mengecam nombor pendaftaran dan jenis motosikal yang ditunggang oleh suspek.

“Sehubungan itu, polis sedang giat menjalankan operasi dalam usaha mengesan dan menangkap suspek,” ujar beliau.

Kes kini disasat mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaaan kerana merompak.

Baca Artikel Berkaitan: Driver Mercedes Rempuh Peragut Yang Cuba Larikan Diri Raih Pujian Ramai [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Tular Penunggang Motosikal Ragut Handbag Dalam Kereta Myvi Masa Jalan Sesak [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.