fbpx
Now Reading
Lelaki Ditemui Mati Dalam Kereta Selepas Dilarikan Rakan Sendiri

Lelaki Ditemui Mati Dalam Kereta Selepas Dilarikan Rakan Sendiri

Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Allaudeen Abdul Majid, mayat mangsa dijumpai dalam sebuah kereta di sebuah stesen minyak yang terletak di Batu 14, Puchong, Selangor kira-kira jam 12.55 pagi pada 6 September.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini, negara dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki tempatan di dalam sebuah kereta di Batu 14, Puchong, Selangor.

Mangsa yang berusia 25 tahun dibawa lari dan dibunuh oleh sekumpulan lelaki yang dipercayai rakannya sendiri.

Bapa Buat Laporan Polis Berhubung Kehilangan Anak

Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Allaudeen Abdul Majid, mangsa dilarikan oleh sekumpulan lelaki ketika berada di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Muhibbah pada malam Ahad (3 September) yang lalu.

“Bapa mangsa kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Bukit Jalil pada jam 5 pagi, Isnin (4 September).

“Dia mengetahui tentang anaknya dilarikan selepas dimaklumkan oleh teman wanita anaknya,” kata beliau.

Mayat Dijumpai Di Sebuah Stesen Minyak, Motif Utama Dipercayai Akibat Dendam

Tambah Allaudeen, mayat lelaki itu kemudiannya dijumpai dalam sebuah kereta di sebuah stesen minyak yang terletak di Batu 14, Puchong, Selangor kira-kira jam 12.55 pagi pada 6 September.

“Mangsa seorang penganggur ditemui mati dalam sebuah kereta Proton Gen2 sekitar jam 12.50 tengah malam Rabu berhampiran sebuah stesen minyak,” katanya.

Hasil siasatan awal mendapati motif utama kejadian ini adalah akibat daripada dendam terhadap mangsa yang dipercayai melarikan barang milik suspek utama.

Empat Suspek Telah Ditahan, Dua Lagi Masih Diburu

Bertindak atas maklumat, sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah (D9) Ibu Pejabat Daerah (IPD) Cheras telah menangkap empat suspek lelaki yang berumur dalam lingkungan 27 hingga 35 tahun.

Siasatan mendapati kempat-empat suspek memiliki beberapa rekod lampau berhubung dengan kes jenayah narkotik serta hasil ujian air kencing menunjukkan kesemuanya positif dadah.

“Setakat ini, polis masih memburu dua lelaki termasuk satu suspek utama berusia 40-an yang juga seorang warga asing,” kata Allaudeen.

Disiasat Bawah Seksyen 365 Kanun Keseksaan & Seksyen 302 Kanun Keseksaan

Kes kini disiasat di bawah Seksyen 365 Kanun Keseksaan atas kesalahan melarikan orang oleh Polis Kuala Lumpur.

Manakala, Polis Kontinjen Selangor menjalankan siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan membunuh.

Mangsa telah dibawa ke Hospital Serdang untuk bedah sisasat. Hasil bedah sisasat mendapati dia mengalami kecederaan patah rahang dan tulang rusuk serta retak pada bahagian tengkorak.

Pihak polis memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung perkara ini agar menyalurkannya di talian Hotline Polis Cheras 03-9284 5050/5051, Hotline Polis Kuala Lumpur, 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Kenyataan Media Ketua Polis Kuala Lumpur berkenaan Tangkapan Kes Melarikan Orang oleh Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (D9) IPD Cheras, Kuala Lumpur.

Posted by Polis KL on Thursday, 7 September 2023

SIARAN MEDIA KETUA POLIS DAERAH SUBANG JAYA KES BUNUH MELIBATKAN MANGSA 1 LELAKI MELAYU #keepSJsafe #polisdaerahsubangjaya #lindung_diri_lindung_semua

Posted by POLIS DAERAH SUBANG JAYA on Thursday, 7 September 2023

Baca Artikel Berkaitan: Kes Mayat Kerat 6: Mangsa Dibunuh Rakan Sekerja Kerana Dendam Peribadi

Baca Artikel Berkaitan: Didakwa Bunuh Teman Wanita, Rakan YouTuber Berdepan Hukuman Mati

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.