fbpx
Now Reading
Agong Akan Serah Semua Surat & Petisyen Yang Diterima Ketika Kembara Kenali Borneo Kepada PM

Agong Akan Serah Semua Surat & Petisyen Yang Diterima Ketika Kembara Kenali Borneo Kepada PM

Menerusi hantaran yang dimuat naik menerusi akaun Facebook rasmi Istana Negara, YDPA berkenan membaca kesemua surat dan petisyen yang diterima daripada rakyat Sabah dan Sarawak sewaktu siri jelajah tersebut.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum mengetahui Siri Jelajah Kembara Kenali Borneo yang berlangsung sejak 3 September yang lalu telah melabuhkan tirai pada Rabu (13 September).

Program yang diilhamkan oleh Yang di-Pertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah merupakan satu inisiatif bertujuan untuk mengenali rakyat Sabah dan Sarawak dengan lebih dekat.

Sepanjang 11 hari pelaksanaan, pelbagai surat dan aduan yang diterima daripada warga Borneo berhubung isu dan masalah yang dialami oleh mereka.

Baca Artikel Berkaitan: “Bukan Calang-Calang Kabel Dia”- Permaisuri Agong Catat Aduan Rakyat Mengenai Jalan Rosak Di Sabah [Video]

Agong Berkenan Baca Surat & Petisyen Warga Borneo, Akan Serah Kepada PM

Menerusi hantaran terbaharu yang dibuat menerusi akaun Facebook rasmi Istana Negara, Al-Sultan Abdullah berkenan membaca kesemua surat dan petisyen yang diterima daripada rakyat Sabah dan Sarawak sewaktu siri jelajah tersebut.

Malah, baginda dikatakan akan menyerahkan setiap surat dan petisyen yang diterima kepada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk tindakan selanjutnya.

“Seri Paduka Baginda menzahirkan ucapan terima kasih kepada seluruh rakyat di Sabah dan Sarawak yang telah sudi berkongsi kisah suka dan duka serta pelbagai masalah menerusi surat dan petisyen tersebut,” menurut kenyataan di Facebook itu.

Menerusi hantaran tersebut juga, terdapat beberapa gambar yang mengandungi pelbagai surat, petisyen malah lukisan yang diberikan khas buat Baginda dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

14 September 2023 – KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berkenan membaca setiap surat dan petisyen yang…

Posted by Istana Negara on Thursday, 14 September 2023

Terima Pelbagai Respon Dari Warganet

Kenyataan itu nyata mengundang pelbagai respon terutama daripada rakyat Sabah dan Sarawak. Kebanyakan daripada mereka mengucapkan terima kasih atas keprihatinan baginda terhadap warga Borneo.

Malah, ada juga yang menzahirkan ucapan terima kasih atas perkenan Baginda dan Raja Permaisuri Agong untuk melawat mereka di sana dan mengharapkan agar program sebegini dapat dilaksanakan lagi pada masa akan datang.

Daulat Tuanku, Terima Kasih Buat Tuanku Sekeluarga Kerana Sudi Datang Ke Negeri Kami

Terima Kasih Datang Ke Borneo Sabah & Sarawak

Harap Kembara Seperti Ini Menjadi Amalan Rutin Tahunan Dari Istana Negara

Terima Kasih Tuanku Mendengar Suara Rakyat

Untuk info, Al-Sultan Abdullah dan Raja Permaisuri Agong berkenan mencemar duli menyertai siri jelajah Kembara Kenali Borneo yang bermula pada 3 hingga 13 September itu.

Tawau di Sabah menjadi destinasi pertama baginda sebelum berakhir di Teluk Melano, Kuching, Sarawak melibatkan jarak perjalanan lebih kurang 2,154 kilometer melalui Lebuhraya Pan Borneo.

Siri jelajah ini turut disertai oleh anakanda baginda iaitu Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah, Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah, Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Ilisha Ameera, Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Ilyana serta Tengku Panglima Raja Kol Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah.

Baca Artikel Berkaitan: “Kami Sabahan Sayang Tuanku” – Di Sebalik Telatah Lucu Bersama Agong, Luahan Lelaki Ini Buat Ramai Sebak [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Gelagat Tengku Muhammad Dalam Kembara Kenali Borneo Cairkan Hati Ramai Wanita [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.