fbpx

Padah Buat Isteri Orang Hamil, Lelaki Di Kedah Diarah Bayar RM30,000 Ganti Rugi Pada Si Suami

Hakim Mahazan dalam penghakimnya sebelum ini berkata mahkamah memandang serius perbuatan curang dan penzinaan sehingga menjadi punca kehancuran rumah tangga.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Gara-gara memecah belahkan rumah tangga pasangan lain, seorang lelaki bukan Islam di Kedah telah diperintah oleh Mahkamah Tinggi Alor Setar untuk membayar ganti rugi kepada suami kekasihnya.

Lelaki berusia 26 tahun dari Baling itu didapati berzina dengan isteri orang berusia 32 tahun sehingga melahirkan anak.

Gambar sekadar hiasan (Foto: Pexels)

Perintah bayaran ganti rugi itu dibuat oleh Hakim Mahazan Mat Taib selepas membenarkan petisyen balas difailkan suami wanita tersebut.

Mahkamah pandang serius perbuatan curang dan penzinaan sehingga hancurkan rumah tangga

Hakim Mahazan dalam penghakimnya sebelum ini berkata mahkamah memandang serius perbuatan curang dan penzinaan sehingga menjadi punca kehancuran rumah tangga.

Menurutnya, jumlah ganti rugi yang dikenakan adalah munasabah dengan mengambil kira tindakan yang dilakukan oleh wanita dan lelaki berkenaan.

“Mahkamah memandang serius perlakuan curang yang dilakukan tersebut kerana ia telah menjejaskan kehidupan rumah tangga.

“Ganti rugi sebanyak RM30,000 perlu dibayar kepada responden iaitu suami sebagai satu pengajaran kepada masyarakat umum,” katanya dipetik Utusan Malaysia.

Dalam prosiding itu, peguam Nurin Nasuha Ahmad Sobri bertindak bagi pihak wanita tersebut manakala peguam Opat Aisin pula mewakili responden yang juga seorang pemandu treler.

Ujar Opat, wanita curang itu sebelum ini memfailkan petisyen perceraian tunggal ke atas anak guamnya di bawah Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Penceraian) 1976.

Responden failkan petisyen balas kepada isterinya

Bagaimanapun, anak guamnya kemudian memfailkan petisyen balas dengan menamakan lelaki yang berasal dari Baling itu sebagai pihak dalam prosiding kerana mendakwa berlaku curang dengan isterinya.

“Selepas petisyen balas diserahkan, lelaki berkenaan dan isteri kepada anak guam saya telah keluar dari negara ini dan tidak hadir pada prosiding hari ini. Mereka juga tidak menjawab petisyen balas,” kata Opat.

Pihak peguam responden serah bukti gambar di media sosial kepada Mahkamah

Jelas Opat, pihaknya juga telah menyerahkan beberapa bukti kepada mahkamah termasuk gambar daripada laman sosial Facebook milik ahli keluarga lelaki yang berlaku curang itu.

Berkongsi lanjut, Opat berkata di bawah perkahwinan sivil, mahkamah mempunyai budi bicara untuk memerintahkan pihak yang didapati berzina dengan pasangan suami isteri agar membayar ganti rugi sebagai teladan kepada masyarakat.

Kami di BuzzKini ingin memberi pesanan ikhlas kepada semua pasangan suami isteri agar tidak berlaku curang. Kalau perasaan sayang sudah hilang, berpisahlah dengan cara yang baik.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.