
Tular Wanita Dakwa Diperlekeh Anggota Polis Ketika Buat Laporan, PDRM Jalankan Siasatan
Nur Afiqah difahamkan membuat laporan polis selepas hampir dilanggar seorang pemandu disyaki mabuk di Ipoh, Perak.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Sikap tanggungjawab dan prihatin amat penting dalam kehidupan bermasyarakat. Kepentingan sifat ini dapat dilihat apabila ia telah diterapkan melalui Pendidikan Sivik di peringkat sekolah rendah.
Malah, ia amat penting bagi memastikan setiap individu khususnya daripada pelbagai agama dan bangsa hidup aman dan harmoni dalam menjalani kehidupan seharian.
Buat Laporan Polis Selepas Hampir Dilanggar Lelaki Mabuk
Kerana rasa prihatin dan tanggungjawab, seorang gadis yang dikenali sebagai Nur Afiqah telah membuat laporan polis akibat nyaris terlibat kemalangan disebabkan oleh seorang lelaki mabuk.
Kejadian dipercayai berlaku di Jalan Lapangan Symphony, Pusat Kesihatan Gunung Rapat, Ipoh pada 6 Oktober jam 11.19 malam.
Ketika kejadian, Afiqah mendakwa dia dan rakannya hampir dilanggar oleh lelaki mabuk berkenaan.
Malah, lelaki itu dikatakan memandu dengan cara berbahaya sehingga melanggar pembahagi jalan luah Afiqah dalam satu ciapan di Twitter (X).
Difahamkan, sebelum insiden berlaku, dia mendakwa lelaki itu baru sahaja keluar daripada sebuah kafe berhampiran Hotel Symphony dan disyaki berada dalam keadaan mabuk.
Ekoran daripada kejadian ini, Afiqah bertindak membuat laporan polis kerana rasa tanggungjawab dan prihatin serta tidak mahu kejadian yang sama berulang kepada pengguna jalan raya yang lain.
Dakwa Anggota Polis Persoal Tindakan Dia Buat Laporan
Walau bagaimanapun, dia mendakwa tindakannya membuat laporan polis diperlekehkan oleh seorang anggota wanita yang bertugas pada ketika itu.
Menurut Afiqah, soalan pertama yang diterima olehnya ketika mahu membuat laporan adalah “Dia ada langar awak ke? Dah tak langar kenapa perlu buat report?”
Kecewa dengan respon yang diberikan, Afiqah berkongsi pengalaman tersebut melalui ciapan di akaun Twitter (X) miliknya hingga tular di media sosial.
Bagi Afiqah, dia amat berharap pihak polis mengambil serius tentang laporan yang dibuat kerana melibatkan pemandu mabuk yang boleh menyebabkan kecelakaan kepada orang lain.
Malah, menerusi ciapan berkenaan, Afiqah turut menyuarakan rasa tidak puas hati dengan tindakan pemilik restoran yang membenarkan lelaki mabuk itu memandu keseorangan.
Saw an uncle drunk driving tonight, could barely stand/walk let alone drive. Literally langgar all the divider while driving. And when I made a police report, the first question asked was “dia ada langgar awak ke? dah tak langgar kenapa perlu buat report?” pic.twitter.com/URSYijRhXM
— sangzhi (@fiqapong) October 6, 2023
Polis Ipoh Jalankan Siasatan Terhadap Anggota
Susulan daripada ciapan yang tular, pihak polis menerusi satu kenyataan pada 7 Oktober yang lalu memaklumkan sedang menyiasat dakwaan gadis berkenaan ketika membuat laporan.
Menurut Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Yahaya Hassan, pihaknya memandang serius aduan itu dan menghargai maklum balas yang diberikan oleh orang awam berkenaan mutu perkhidmatan di kaunter aduan balai polis.
“Perkara ini telah dirujuk kepada Bahagian Integriti dan Pematuhan Standard, Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh untuk menjalankan siasatan dalaman,” katanya.
Tambah Yahaya, beliau mengharapkan agar orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berhubung isu tersebut ketika siasatan sedang dijalankan.
KENYATAAN MEDIA KETUA POLIS DAERAH IPOH BERKENAAN ISU TULAR DI MEDIA SOSIAL MENGENAI POSTING SEORANG WANITA MENDAKWA DIPERLEKEHKAN OLEH POLIS KETIKA MEMBUAT LAPORAN POLIS DI IPOH, PERAK
Posted by Polis Daerah Ipoh on Saturday, 7 October 2023
Baca Artikel Berkaitan: Pegawai Polis Cemuh & Hina Anggota Sudah Ditahan
Baca Artikel Berkaitan: PDRM Buru Sekumpulan Lelaki Menyamar Jadi Polis, Siap Guna Lampu ‘Beacon’ Pada Kereta [Video]