fbpx
Now Reading
Nak Kurangkan Kesesakan Penjara, Kerajaan Teliti Cadangan Laksana Tahanan Di Rumah

Nak Kurangkan Kesesakan Penjara, Kerajaan Teliti Cadangan Laksana Tahanan Di Rumah

Menurut Saifuddin, cadangan itu merupakan salah satu inisiatif reformasi penjara yang dilakukan oleh Jabatan Penjara.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pada Mac lalu, seramai 79,131 penghuni ditempatkan di 93 institusi di bawah pengurusan Jabatan Penjara di seluruh negara.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, jumlah itu melebihi 11.2% atau 7,312 penghuni daripada jumlah kapasiti keseluruhan institusi kendalian Jabatan Penjara iaitu 65,762 penghuni.

Kerajaan teliti secara serius cadangan pelaksanaan hukuman tahanan rumah

Dalam mengurangkan kadar kesesakan di penjara, kerajaan sedang meneliti cadangan pelaksanaan hukuman tahanan rumah.

Menurut Saifuddin, cadangan itu merupakan salah satu inisiatif reformasi penjara yang dilakukan oleh Jabatan Penjara.

“Lebih 16,000 daripada 75,000 penghuni penjara ketika ini layak dipertimbangkan untuk menjalani hukuman tahanan rumah.

“Bayangkan senario seorang wanita mengandung ditangkap atau dijatuhkan hukum dan perlu ditempatkan di penjara.

“Jika kita boleh mengadakan tahanan rumah, dia boleh tinggal di luar untuk menjaga kandungan dan dipakaikan peranti pemantauan elektronik (EMD),” katanya dipetik Kosmo semalam (9 Oktober).

KDN cadang kemukakan pindaan undang-undang penyalahgunaan dadah

Menurutnya lagi, KDN juga bercadang mengemukakan pindaan terhadap undang-undang berkaitan penyalahgunaan dadah, pada sesi mesyuarat Dewan Rakyat kali ini bagi memastikan perundangan semasa sentiasa relevan untuk digunakan.

Jelas Saifuddin, bagi kesalahan itu, kerajaan telah bersetuju bahawa dasar pengalih daripada hukuman penjara kepada program rawatan dan pemulihan dadah perlu dilaksanakan.

“Bagi individu yang menyalahgunakan dadah dan memasukkan dadah ke dalam badan, jika ikut laluan biasa ialah polis tangkap, buka kertas siasatan, ada bukti, bawa ke mahkamah dan dijatuhkan hukuman penjara,” katanya.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.