fbpx
Now Reading
Bomoh Di Melaka Rogol Remaja Sebanyak Empat Kali, Guna Alasan Buang ‘Pendamping’

Bomoh Di Melaka Rogol Remaja Sebanyak Empat Kali, Guna Alasan Buang ‘Pendamping’

Suspek didakwa melakukan perbuatan keji itu pada bulan Ogos hingga Oktober 2023 sebelum mangsa memberanikan diri membuat laporan polis.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kebiasaannya, jika seseorang itu tidak sihat, doktor di klinik atau hospital menjadi pilihan kebanyakan orang bagi mendapatkan rawatan.

Namun, ada juga segelintir individu yang memilih perubatan tradisional berbanding rawatan moden terutamanya jika kesakitan yang dialami tidak dapat dirawat dengan cara moden.

Lazimnya, segelintir individu ini akan mendapatkan rawatan daripada ustaz atau bomoh bagi menyelesaikan penyakit atau masalah terutama yang melibatkan makhluk halus.

Walau bagaimanapun, tidak semua individu mempunyai kepakaran dalam perubatan tradisional. Ada di antara mereka yang hanya mengambil kesempatan ke atas pesakit dengan cara tersebut.

Dakwa Badan Ada Pendamping, Bomoh Rogol Remaja Empat Kali

Malang bagi seorang remaja perempuan berusia 16 tahun apabila dia dirogol empat kali oleh seorang bomoh yang mendakwa mahu membuang pendamping yang terdapat di badan mangsa.

Menurut Ketua Polis Melaka Datuk Zainol Samah, detik hitam bermula sejak Ogos yang lalu apabila mangsa pertama kali dirogol oleh bomoh tersebut.

Pada mulanya, suspek yang berusia 50 tahun dan bekerja sebagai jurulatih Muay Thai telah datang ke rumah mangsa bagi memberikan rawatan kepada ibu saudara remaja berkenaan yang dipercayai mempunyai gangguan sihir.

Namun, setelah melihat mangsa yang merupakan anak bongsu daripada tiga beradik, suspek memberitahu ibu mangsa yang berusia 48 tahun bahawa terdapat pendamping di badan mangsa.

Bawa Mangsa Ke Kawasan Semak Bagi ‘Tujuan Rawatan’

Dia kemudiannya membawa mangsa bersama ibu dan bapa saudara remaja berkenaan ke sebuah kawasan semak berhampiran sebuah pasar raya Cheng, Melaka bagi tujuan mengubati mangsa.

“Pada pertemuan itu suspek menyuruh ibu dan bapa saudara mangsa pergi membeli makanan dan meninggalkan mangsa bersama suspek berdua di kawasan semak.

“Ketika itu suspek didakwa merogol mangsa dan turut memberi amaran kepada mangsa agar tidak memberitahu kepada orang lain menyebabkan mangsa takut menceritakan hal itu kepada sesiapa,” kata beliau menerusi satu kenyataan.

Datang Ke Kediaman Mangsa Bagi Tujuan Yang Sama

Selepas kejadian itu, suspek sering datang ke rumah mangsa bagi tujuan yang sama dan semasa tempoh tersebut, mangsa mendakwa dia telah dirogol sebanyak empat kali oleh bomoh berkenaan di lokasi yang berbeza.

Suspek didakwa melakukan perbuatan keji itu pada bulan Ogos hingga Oktober 2023 sebelum mangsa memberanikan diri membuat laporan polis.

Suspek Telah Ditahan Polis

Susulan daripada laporan tersebut, polis kemudiannya menahan suspek pada Selasa (17 Oktober 2023) jam 4.30 pagi di sebuah pusat latihan Muay Thai yang terletak di Batu Berendam, Melaka.

Majistret Mahkamah Melaka, Khairunnisak Hasni kemudiannya telah mengeluarkan perintah reman ke atas suspek selama tujuh hari bemula 17 hingga 23 Oktober bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

Jika didapati bersalah, individu boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan.

𝐊𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀 𝐊𝐄𝐓𝐔𝐀 𝐏𝐎𝐋𝐈𝐒 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐊𝐀 KES ROGOL SEORANG REMAJA MELIBATKAN SEORANG BOMOH TRADISIONAL DI…

Posted by Polis Melaka on Tuesday, 17 October 2023

Baca Artikel Berkaitan: Wanita Niat Nak Berubat Untuk Dapatkan Zuriat, Tapi Dirogol Bomoh 20 Kali

Baca Artikel Berkaitan: Wanita Dicabul Ketika Dapatkan Rawatan Sihir, Bomoh Raba Badan & Kemaluan Beberapa Kali

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.