fbpx

Remaja Perempuan Diselamatkan Lepas Terjun Jambatan Pulau Pinang

Sebelum kejadian, mangsa yang berasal dari Arau, Perlis dikatakan dalam perjalanan ke Stesen Bas Sungai Nibong menaiki kenderaan e-hailing.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pulau Pinang merupakan antara negeri yang sering menjadi tarikan pengunjung baik dalam atau luar negara sebagai destinasi pelancongan di Malaysia.

Ini kerana bagi kebanyakan individu, negeri tersebut dianggap sebagai ‘syurga makanan’. Malah, mercu tanda seperti Komtar dan Jambatan Pulau Pinang turut menjadi tarikan pelancong.

Namun, ada cerita di sebalik keunikan dan kecantikan mercu tanda tersebut terutamanya Jambatan Pulau Pinang.

Boleh dikatakan setiap tahun, penduduk setempat sering digemparkan dengan kes individu terjun dari jambatan sama ada disebabkan kemalangan atau bunuh diri.

Remaja Perempuan Terjun Jambatan, Minta Pemandu e-Hailing Hentikan Kenderaan

Pada Selasa (24 Oktober) yang lalu, masyarakat dikejutkan dengan kejadian seorang remaja perempuan berusia 15 tahun terjun dari jambatan tersebut.

Menurut Pegawai Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Perai Hasrul Rizal Ghazali, insiden berkenaan berlaku di Kilometer 3.4 Jambatan Pulau Pinang dan pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian berkenaan kira-kira jam 7.10 malam.

Sebelum kejadian, mangsa yang berasal dari Arau, Perlis dikatakan dalam perjalanan ke Stesen Bas Sungai Nibong menaiki kenderaan e-hailing.

Ketika dalam perjalanan, dia mengadu mengalami sakit kepala dan mahu muntah sebelum meminta pemandu e-hailing menghentikan kenderaan lalu terjun dari jambatan tersebut.

“Remaja tersebut ditemui dalam keadaan stabil selepas bertindak terjun dari ketinggian enam meter (20 kaki) dari tembok jambatan berkenaan.

“Kami ada menemui uniform siap dengan lencana sekolah, alat tulis dan satu minuman tin. Bagaimanapun, kita tidak menjumpai kad pengenalannya di lokasi kejadian dan kami juga difahamkan yang dia tinggal bersama neneknya di Pokok Sena.

“Dia (remaja) hanya mendiamkan diri sepanjang operasi menyelamatkan dijalankan, mungkin dia dalam keadaan masih trauma,” kata Hasrul yang dipetik dari Kosmo.

Difahamkan, mangsa baru sahaja ditukarkan ke sekolah baharu yang terletak di Pokok Sena, Kepala Batas, Pulau Pinang pada April 2023.

Mangsa Diselamatkan Oleh Nelayan

Mangsa berjaya diselamatkan oleh nelayan pantai kira-kira jam 8.20 malam. Dia kemudiannya dibawa ke Jeti Pasukan Polis Marin Wilayah Satu di Batu Uban sebelum dibawa ke Hospital Pulau Pinang dengan ambulans.

Menurut nelayan yang menyelamatkan remaja berkenaan Hashim Mohd Said, mangsa dilihat tidak menangis dan kelihatan terpinga-pinga ketika ditarik masuk ke dalam bot.

“Saya dan seorang lagi pembantu terus mengangkat mangsa ke dalam bot dan membawanya pulang ke jeti Pasukan Polis Marin (PPM) sebelum dia diserah kepada pihak berkuasa,” kata Hashim yang mendapat panggilan daripada rakannya meminta menyelamatkan mangsa kira-kira jam 6.30 petang.

Talian Bantuan Kesihatan Mental

Sekadar info bersama, sekiranya anda atau sesiapa sahaja yang anda kenali mempunyai masalah menguruskan kesihatan mental, hubungi nombor-nombor di bawah yang mungkin dapat membantu masalah tersebut:

Malaysian Mental Health Association (MMHA)
+6032780 6803
E-mail: admin@mmha.org.my
Laman web: https://mmha.org.my/

BEFRIENDERS
KL: +6 03 7956 8145 (24 jam),
Ipoh: +6 05 547 7933 (4pm to 11pm)
Penang: +6 04 281 5161 (3pm to midnight)
E-Mail: sam@befrienders.org.my
Laman web: https://www.befrienders.org.my/

All Women’s Action Society (AWAM) @Telenita
+6 03 7877 0224
E-Mail: awam@awam.org.my
Laman web: https://www.awam.org.my

Baca Artikel Berkaitan: Pelajar Wanita ‘Lebih Tertekan’ Berbanding Pelajar Lelaki – Kajian

Baca Artikel Berkaitan: 1 Daripada 4 Remaja Di Malaysia Alami Kemurungan – Menteri Kesihatan

Baca Artikel Berkaitan: Wanita Tinggalkan Motosikal Di Tepi Jalan Sebelum Terjun Dari Jambatan Pulau Pinang

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.