fbpx
Now Reading
Pelajar Wanita ‘Lebih Tertekan’ Berbanding Pelajar Lelaki – Kajian

Pelajar Wanita ‘Lebih Tertekan’ Berbanding Pelajar Lelaki – Kajian

Berdasarkan kajian yang dibuat Institut Dasar di King’s College London dan Centre for Transforming Access and Student Outcomes in Higher Education (TASO), terdapat peningkatan masalah kesihatan mental dalam kalangan pelajar universiti di United Kingdom.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak akhir-akhir ini, kesihatan mental menjadi antara topik utama yang sering dibahaskan di media sosial.

Ini kerana kebanyakan individu pada masa kini dikatakan mengalami masalah ini walaupun pada zahirnya dilihat menjalani kehidupan harian seperti manusia biasa.

Antara masalah kesihatan mental yang sinonim dan berkait rapat dengan segelintir individu adalah seperti kemurungan, panik, kebimbangan umum, kecelaruan obsesif kompulsif dan gangguan tidur.

Lazimnya, masalah ini sering dikaitkan dengan golongan dewasa serta mereka yang bekerjaya. Namun, tahukah anda pelajar universiti juga boleh mengalami masalah kesihatan mental?

Kajian Tunjuk Masalah Kesihatan Mental Dalam Kalangan Pelajar Universiti Meningkat

Berdasarkan kajian yang dibuat Institut Dasar di King’s College London dan Centre for Transforming Access and Student Outcomes in Higher Education (TASO), terdapat peningkatan masalah kesihatan mental dalam kalangan pelajar universiti.

Hasil kajian menunjukkan peratus pelajar ijazah di United Kingdom (UK) yang mengalami masalah ini meningkat dari 6% pada tahun akademik 2016/2017 kepada 16% bagi tahun akademik 2022/2023.

Ia membuktikan bahawa satu daripada enam pelajar universiti di UK dilaporkan mengalami masalah kesihatan mental.

Peratus Pelajar Perempuan Lebih Tinggi Berbanding Lelaki

Apa yang mengejutkan adalah peratusan pelajar perempuan dilihat lebih tinggi mengalami masalah ini berbanding pelajar lelaki.

Statistik menunjukkan 12% pelajar wanita dikatakan terkesan dengan masalah itu berbanding pelajar lelaki yang hanya 5%.

Menurut Profesor Michael Sanders dari King’s College London, penemuan ini menunjukkan bahawa langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengatasi masalah ini serta perkhidmatan yang terbaik bagi menyokong pelajar perlu disegerakan.

Faktor Kewangan Antara Punca Yang Menyumbang Masalah Kesihatan Mental

Hasil kajian menunjukkan antara punca utama yang menyumbang kepada masalah ini adalah disebabkan kos sara hidup.

Ini kerana masalah kesihatan mental yang dialami oleh pelajar menyebabkan mereka memilih untuk berhenti dari universiti.

Antara punca utama yang dikesan hasil daripada kajian itu adalah disebabkan oleh masalah kewangan di mana kadarnya meningkat dari 3.5% pada tahun 2022 kepada 8% bagi tahun 2023.

Namun, faktor-faktor lain turut menjadi penyumbang kepada peningkatan masalah kesihatan mental yang dipercayai berlaku sebelum inflasi dan Covid-19.

Kesihatan Mental Berbeza Mengikut Kumpulan

Hasil kajian turut menunjukkan masalah kesihatan mental dialami oleh individu adalah berbeza mengikut kumpulan pelajar.

Contohnya, sebanyak 12% individu yang belajar di sekolah kerajaan mengalami masalah kesihatan mental berbanding 11% daripada mereka yang belajar di sekolah swasta.

Malah, pelajar yang mendapat bantuan kewangan pelajaran melalui pinjaman atau sumber kewangan dari pekerjaan sendiri lebih cenderung mengalami masalah ini berbanding mereka yang mendapat sumber kewangan daripada biasiswa atau ibu bapa.

Foto: Freepik

Perlu Lakukan Tindakan Lanjut & Perkhidmatan Sokongan Kepada Pelajar

Susulan daripada hasil kajian itu, Michael Sanders dan pengkaji berpendapat bahawa masalah kesihatan yang dialami oleh pelajar adalah tidak sama.

Mereka yang menghadapi diskriminasi dan datang daripada kumpulan yang dipinggirkan mengalami kesukaran untuk menghadapi masalah itu.

“Penemuan ini menunjukkan tindakan rapi perlu dilakukan bagi mengatasi masalah kesihatan ini dan perkhidmatan yang terbaik serta pantas perlu diberi bagi menyokong pelajar apabila mereka memerlukan bantuan,” kata beliau.

Pada masa yang sama, Ketua Pegawai Eksekutif TASO Dr Omar Khan berkata kajian ini menjadi bukti wujud cabaran dan halangan yang dihadapi oleh pelajar terutama dari segi masalah kesihatan mental.

“Walaupun Covid dan krisis kos sara hidup memburukkan lagi cabaran tersebut, trend yang meningkat ini bukanlah perkara baru.

“Kami sedang bekerjasama dengan sektor pengajian tinggi untuk meningkatkan kesihatan mental dalam kalangan pelajar,” katanya.

Untuk info, kajian ini dilaksanakan terhadap 82,682 pelajar ijazah sepenuh masa di United Kingdom bagi tempoh tujuh tahun.

Baca Artikel Berkaitan: Pasca Covid-19: Semakin Ramai Alami Kesihatan Mental

Baca Artikel Berkaitan: ‘Membimbangkan!’ – 424,000 Kanak-Kanak Berdepan Dengan Isu Kesihatan Mental

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.