fbpx
Now Reading
8 Barang Tersenarai Dalam Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Sempena Deepavali

8 Barang Tersenarai Dalam Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Sempena Deepavali

Antara barang yang disenaraikan di bawah skim tersebut oleh KPDN adalah bawang merah besar import, kelapa parut dan kacang dal (Australia).

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kurang seminggu sahaja lagi, masyarakat India di Malaysia akan menyambut perayaan Deepavali yang dijadualkan pada 12 November depan.

Sudah pastinya persiapan rapi sedang dibuat antaranya seperti membeli pakaian dan bahan mentah bagi menyambut pesta cahaya itu.

KPDN Senarai 8 Barang Di Bawah Skim Harga Maksimum Musim Perayaan

Terbaharu, kerajaan melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah mengumumkan lapan barang yang tersenarai di bawah Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHPP) berkuatkuasa 9 hingga 15 November 2023.

Menurut pemangku Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd, skim itu akan dilaksanakan selama tujuh hari iaitu tiga hari sebelum dan selepas perayaan Deepavali.

Antara barang yang disenaraikan di bawah SHPP adalah seperti berikut:

  • Bawang merah besar import
  • Bawang merah kecil India (tidak termasuk bawang ros)
  • Cili merah
  • Daging kambing biri-biri bertulang import
  • Kacang dal (Australia)
  • Kelapa biji
  • Kelapa parut
  • Tomato

Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Deepavali 2023 Tarikh Kuat kuasa : 9 November – 15 November 2023 Tempoh…

Posted by KPDN Laman Rasmi on Sunday, 5 November 2023

Pemantauan Harga Hasil Kerjasama Dengan KPKM

Menurut Armizan, pemantauan harga lapan barang tersebut merupakan hasil kerjasama dan pendapat daripada Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), agensi-agensi kerajaan dan pemain-pemain industri tempatan.

“Kementerian sentiasa menjalinkan kerjasama dengan KPKM untuk memastikan bekalan barangan yang dikawal adalah mencukupi sepanjang tempoh pelaksanaan SHMMP.

“Malah, kami juga menggerakkan Pegawai Penguatkuasa KPDN di seluruh negara untuk meneruskan pemeriksaan dan pemantauan secara berterusan di lokasi-lokasi strategik bagi menjalankan penguatkuasaan untuk melindungi pengguna daripada peniaga-peniaga yang tidak beretika,” kata beliau lagi.

Peniaga Perlu Guna Label Merah Jambu Tanda Barang Dikawal Harga

Tegas beliau, semua pihak khususnya peniaga perlu menggunakan label berwarna merah jambu sebagai tanda barang tersebut berada di bawah kumpulan barang yang dikawal harganya.

“Adalah dingatkan bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap peniaga yang gagal mematuhi peraturan-peraturan di bawah skim ini.

“Mana-mana peniaga yang melakukan kesalahan akan diambil tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 dan boleh dikenakan penalti,” ujar beliau.

Pengguna Boleh Semak Harga Melalui Laman Web Rasmi KPDN

Tambah beliau lagi, pengguna boleh membuat semakan harga melalui laman web rasmi di https://www.kpdn.gov.my.

“Sebarang kes mengenai harga barangan juga kita minta orang ramai agar melaporkan secara terus kepada mana-mana platform kementerian bagi memastikan aduan itu dapat disiasat dengan segera,” kata beliau.

Untuk sebarang aduan bolehla menghubungi KPDN di platform berikut:

  • WhatsApp 019-279 4317 / 019-848 8000;
  • Portal e-Aduan KPDN iaitu http://eaduan.kpdn.gov.my;
  • Call Centre 1-800-886-800;
  • E-mel e-aduan@kpdn.gov.my;
  • Aplikasi Telefon Pintar Ez ADU KPDN;
  • Bilik Gerakan Penguatkuasaan 03-8882 6088 / 6245, dan
  • Kod QR Aduan Bekalan;

Terdahulu, Timbalan Menteri KPDN Fuziah Salleh memaklumkan bahawa kerajaan akan mengumumkan senarai barang di bawah Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) sempena perayaan Deepavali.

Ia bertujuan bagi memastikan harga barang asas itu terkawal dan diletakkan pada harga maksimum bersempena musim perayaan itu.

Baca Artikel Berkaitan: Kawalan Harga & Subsidi Ditamatkan, Kerajaan Pulau Pinang Laksana Intervensi Bekalan Ayam

Baca Artikel Berkaitan: Kerajaan Tamatkan Subsidi & Kawalan Harga Ayam Bermula 1 November – Mat Sabu

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.