fbpx
Now Reading
Padah Kibar Bendera Israel, Lelaki Ini Dipenjara 6 Bulan & Denda RM500

Padah Kibar Bendera Israel, Lelaki Ini Dipenjara 6 Bulan & Denda RM500

Majistret Zur Azureen Zainalkefli menjatuhkan hukuman tersebut selepas tertuduh mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Marang, Terengganu hari ini (30 November).

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pada bulan lalu, tular di media sosial satu video yang menunjukkan bendera Israel dikibarkan di hadapan sebuah kedai aksesori kereta di Terengganu.

Gambar tersebut yang sohor di saat konflik Palestin-Israel sedang berlaku telah menimbulkan kemarahan rata-rata rakyat Malaysia.

Individu ini terima padah akibat kibar bendera Israel

Terbaharu, Mahkamah Majistret Marang, Terengganu menjatuhkan hukuman penjara enam bulan dan denda RM500 terhadap seorang lelaki atas kesalahan tersebut.

Tertuduh yang dikenali sebagai Harma Zulfika Deraman berusia 30 tahun itu juga berdepan tambahan hukuman penjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.

Tertuduh mengaku bersalah kibar bendera Israel

Majistret Zur Azureen Zainalkefli menjatuhkan hukuman tersebut selepas tertuduh mengaku bersalah semasa di mahkamah hari ini (30 November).

Mengikut pertuduhan, Harma Zulfika didakwa mempamerkan bendera Israel di tempat awam yang bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah bengkel aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung sekitar 1 tengah hari pada 19 Oktober lalu.

Didakwa di bawah Seksyen 3(1) Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949

Susulan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 3(1) Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 8(1)(i) akta yang sama.

Difahamkan, kes terbabit dikendalikan oleh pegawai pendakwa polis, Asisten Superintendan Othman Ibrahim sementara tertuduh pula diwakili peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

Hukuman terbabit bermula selepas tertuduh selepas jalani hukuman penjara 5 tahun

Bagaimanapun, hukuman tersebut akan dijalankan selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun di bawah Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Tertuduh kini menjalani hukuman penjara lima tahun beserta satu sebatan atas kesalahan narkotik.

Terdahulu, satu video tular telah mengundang kemarahan rata-rata rakyat Malaysia kerana tindakan lelaki tersebut mengibarkan bendera Israel seolah-olah menyokong perbuatan kejam yang dilakukan oleh rejim Zionis terhadap penduduk di wilayah Semenanjung Gaza.

Lelaki terbabit juga sebelum ini dilaporkan telah membuat permohonan maaf secara terbuka selain bertindak menurunkan bendera Israel itu.

Baca Artikel Berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.