fbpx
Now Reading
Mayat Akauntan Ditemui Dalam Keadaan Tidak Berpakaian, Disyaki Dibunuh

Mayat Akauntan Ditemui Dalam Keadaan Tidak Berpakaian, Disyaki Dibunuh

Terdahulu, media melaporkan mayat lelaki disyaki dibunuh ditemui dalam keadaan bogel oleh orang awam di tepi jalan kawasan perindustrian di Kampung Cheras Baru, Kuala Lumpur.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kes jenayah khususnya yang membabitkan pembunuhan dilihat semakin berleluasa sejak akhir-akhir ini.

Belum pun reda dengan kisah pembunuhan kanak-kanak Autistik atau Autisme, Zayn Rayyan atau kes warga emas yang dibunuh oleh anak kandungnya sendiri, negara dikejutkan lagi dengan kes pembunuhan terbaharu.

Mayat Lelaki 28 Tahun Ditemui Di Kampung Cheras Baru

Semalam (11 Disember), seorang mayat lelaki tempatan ditemui maut dipercayai dibunuh di tepi jalan kawasan perindustrian di Kampung Cheras Baru, Kuala Lumpur.

Menurut Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin, identiti mangsa yang berusia 28 tahun itu telah disahkan oleh warisnya.

Tambah beliau, polis menerima laporan berhubung kejadian berkenaan kira-kira jam 6 pagi semalam (11 Disember).

“Mayat lelaki yang bekerja sebagai akauntan sebuah syarikat swasta itu ditemui dalam keadaan tidak berpakaian serta tertiarap di tepi jalan dengan kecederaan pada bahagian badan.

“Semasa pemeriksaan dilakukan terhadap mayat mangsa di lokasi kejadian tidak menemui sebarang dokumen pengenalan diri, namun identitinya sudah dikenal pasti dan disahkan oleh waris,” katanya.

Kes Disiasat Mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan

Jelas Zam Halim lagi, mayat lelaki berkenaan akan dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Cheras pada hari ini (12 Disember) bagi tujuan bedah siasat.

“Kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan motif pembunuhan masih dalam siasatan.

“Orang awam yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu boleh menghubungi Hotline Polis Cheras di talian 03-92845050/5051, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan mayat lelaki disyaki dibunuh ditemui dalam keadaan tidak berpakaian oleh orang awam di tepi jalan kawasan perindustrian di Kampung Cheras Baru.

Menurut saksi yang dikenali sebagai Chang, dia yang baru tiba di tempat kerja menemui mangsa terbaring dalam keadaan bogel di kawasan tempat pembuangan sampah.

Malah, terdapat terdapat beberapa kesan kecederaan serta lebam di bahagian badan mangsa dan kemungkinan mangsa telah mati sebelum ditinggalkan di kawasan berkenaan.

Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Ditemui Mati Dalam Kereta Selepas Dilarikan Rakan Sendiri

Baca Artikel Berkaitan: Pembuat Roti Canai Disamun & Dirogol Sebelum Dibunuh Dalam Kebun Pisang

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.