fbpx
Now Reading
Tiada Sekatan Buat Warga Asing Beli Minyak Masak Paket Di Peringkat Runcit – Menteri KPDN

Tiada Sekatan Buat Warga Asing Beli Minyak Masak Paket Di Peringkat Runcit – Menteri KPDN

Menurut Armizan Mohd. Ali, tiada rancangan untuk melaksanakan jualan minyak masak melalui sistem khusus selepas pihaknya mendapati kos pelaksanaan tidak efektif yang akan menyebabkan peruncit menggunakan sistem itu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak dari dahulu lagi, isu pembelian minyak masak paket bersubsidi oleh warga asing sering menjadi perdebatan dalam kalangan rakyat Malaysia.

Ini kerana ada segelintir warga asing yang dilihat mengambil kesempatan dengan membeli barang bersubsidi itu dalam jumlah yang banyak.

Tindakan mereka itu mengundang kemarahan segelintir masyarakat tempatan kerana mereka berpendapat keistimewaan itu tidak seharusnya dinikmati oleh warga asing.

Tiada Halangan Warga Asing Beli Minyak Masak Paket

Terbaharu, tiada sekatan atau larangan buat warga asing untuk membeli minyak masak paket bersubsidi di kedai runcit. Malah, had pembelian adalah sama seperti rakyat Malaysia.

Menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd. Ali, warga asing dibenarkan untuk membeli minyak masak paket bersubsidi namun pihaknya menerima cadangan agar larangan tersebut dikenakan.

“Setakat ini di peringkat runcit memang tidak ada larangan, cuma di pasar raya kita sudah sebut untuk setiap pembelian itu kita kawal had pembelian tiga paket.

“Tetapi untuk larangan kepada warga asing itu setakat ini tidak dibuat. Ada cadangan dan syor tertentu tetapi apa mekanisme untuk kita pantau, kita larang.

“Larang boleh tetapi, peruncit itu mesti bersedia untuk melaksanakan. Kalau orang nampak ok, ambil gambar dan sebagainya.

“Tetapi apa mekanisme kalau kita buat sistem hanya untuk minyak masak paket,” katanya yang dipetik dari Utusan Malaysia.

Tambah Armizan lagi, tiada rancangan untuk melaksanakan jualan minyak masak melalui sistem khusus selepas pihaknya mendapati kos pelaksanaan tidak efektif yang akan menyebabkan peruncit menggunakan sistem itu.

KPDN Sedang Laksana Audit Bagi Mengelak Berlaku Ketirisan Subsidi

Dalam pada itu, Armizan mendedahkan pihaknya sedang melaksanakan proses audit jualan minyak masak paket itu di peringkat pengilang dan pembungkusan semula.

Ia bertujuan bagi memastikan tiada kebocoran atau penyelewengan berlaku dalam pemberian subsidi tersebut.

“Sebagaimana yang saya umumkan sebelum ini untuk minyak masak paket kita sedang melaksanakan audit bermula daripada Oktober lalu dan sasaran kita sehingga Mac, kita buat audit bermula daripada peringkat pembungkusan semula.

“Jadi, asasnya laporan audit itu adalah dari segi pematuhan. Mungkin belum ada perinciannya, tetapi ada tindakan sudah diambil kepada pengilang dan pembungkus semula yang kita lihat berlaku ketidakpatuhan dan penyelewengan,” ujarnya.

Jelas beliau lagi, proses audit itu telahpun selesai di beberapa negeri antaranya Sabah, Sarawak, Negeri Sembilan dan Johor.

Beliau turut menegaskan akan turun padang bagi memantau dan melihat sendiri pelaksanaan di premis-premis yang terlibat.

Baca Artikel Berkaitan: Warga Asing Dicekup Selepas Kantoi Ingin Seludup Minyak Masak Paket Bernilai RM8,212

Baca Artikel Berkaitan: Pelanggan Mengamuk, Dakwa Pekerja Warga Asing Di Pasar Raya Sorok Minyak Masak Paket Untuk Kegunaan Rakan [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Hanya Yang Ada Kad ID Khas & Layak Boleh Beli Minyak Masak Paket Bermula Tahun Depan – Fuziah Salleh

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.