fbpx
Now Reading
JIPS Siasat Anggota Polis Simpan Angpau & Wang Tunai Dalam Lokar

JIPS Siasat Anggota Polis Simpan Angpau & Wang Tunai Dalam Lokar

Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) menemui angpau tersebut ketika menjalankan pemeriksaan rawak di sebuah balai polis di Kuala Lumpur pada 5 Februari 2024.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak kebelakangan ini, berita tentang kes dan dakwaan berkaitan salah laku anggota polis sering dilaporkan.

Dari dakwaan rasuah hingga mencederakan orang awam, perkara ini menyebabkan netizen tidak senang duduk memandangkan anggota polis sepatutnya menjadi pelindung kepada orang ramai.

Baru beberapa hari selepas keluar berita anggota polis memiliki wang tunai lebih RM3,000 sewaktu operasi sekatan jalan raya, kini seorang lagi didapati menyimpan wang tunai dalam jumlah yang banyak.

Anggota Polis Simpan Beberapa Angpau

Dalam sebuah pemeriksaan rawak di satu balai polis di Kuala Lumpur pada 5 Februari lalu, seorang anggota polis didapati menyimpan beberapa sampul angpau berisi wang tunai yang diragui sumbernya.

Kini, Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) sedang menjalankan siasatan lanjut ke atas anggota berkenaan, lapor Buletin TV3.

Perkara tersebut disahkan oleh Pengarah JIPS Bukit Aman, Datuk Seri Azri Ahmad yang turut memaklumkan bahawa kertas siasatan tatatertib telah dibuka terhadap anggota tersebut.

Menurutnya, siasatan diteruskan bagi mengenal pasti bagaimana anggota tersebut mempunyai wang sebanyak itu, walhal ia jelas melanggar peraturan. Namun begitu, jumlah wang yang ditemui itu tidak didedahkan oleh pihaknya.

“Wang itu ditemui ketika pasukan JIPS Bukit Aman melakukan pemeriksaan rawak di balai polis terbabit dan menemui beberapa ‘angpau’ dan wang tunai dalam simpanan anggota polis berkenaan,” kata Azri.

Anggota Polis Perlu Isytihar Wang Lebih RM100

Dia berkata, siasatan juga dijalankan bagi mengetahui jika wang tersebut benar-benar miliknya dan sekiranya angpau tersebut diterima daripada sesiapa. Azri menerangkan bahawa anggota polis tidak dibenarkan menerima sebarang angpau.

“Maka kita perlu bertanya sama ada dia diberi ‘angpau’ ini, siapa yang memberinya. Maka dia perlu menjawab semua persoalan ini ketika siasatan dalaman nanti untuk kita memastikan berlaku salah laku atau sebaliknya,” maklum Azri.

Dia menjelaskan bahawa hanya wang sebanyak RM100 sahaja yang boleh dibawa oleh anggota yang bertugas di lapangan atau operasi luar seperti ketika sekatan jalan raya. Perkara ini adalah berdasarkan kepada prosedure operasi standard.

Sebaliknya, jika anggota membawa wang lebih daripada RM100, ia perlu diisytiharkan kepada penyelia.

Dalam kes ini, Azri berkata siasatan perlu dijalankan memandangkan wang ditemui di dalam lokar milik anggota terbabit.

Tular Laporan Wang Tunai Lebih RM6,000 Ditemui JIPS

Sebelum ini, media melaporkan satu laporan berkaitan pemeriksaan JIPS yang menemui angpau di dalam lokar seorang anggota polis telah tular.

Menurut laporan tersebut, pihak JIPS telah menemui beberapa angpau bersama-sama wang tunai sebanyak RM4,239 di dalam satu beg pinggang.

Siasatan lanjut mendapati beberapa angpau turut mengandungi wang tunai sebanyak RM2,050, menjadikan keseluruhan wang tunai yang ditemui di dalam lokar berkenaan sejumlah RM6,289.

Baca Artikel Berkaitan: Anggota Polis Disiasat, Miliki Wang Tunai RM3,313 Sewaktu Buat Sekatan Jalan Raya

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.