fbpx
Now Reading
KDN Rampas Sex Toys Bernilai RM70,000 Di 4 Negeri

KDN Rampas Sex Toys Bernilai RM70,000 Di 4 Negeri

Ujar Setiausaha Bahagian PK KDN, Yusaimi Yussof jumlah sebanyak 2,295 alat mainan seks yang dirampas itu adalah hasil serbuan dari empat operasi di empat negeri.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pada Mac tahun lalu, Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah bertindak merampas alat permainan seks berjumlah RM115,000 di sebuah kediaman di Selangor.

Alat permainan yang juga dipanggil sebagai ‘Sex Toys’ itu difahamkan dijual dalam talian.

Operasi yang dilakukan pihak KDN itu adalah hasil pemantauan pihak berkenaan selama sebulan menerusi jualan atas talian.

Pemilik perniagaan kantoi jual alat mainan seks secara terbuka

Terbaharu, KDN telah membongkar tindakan licik pemilik perniagaan yang menjual alat mainan seks dengan terbuka.

Kegiatan tidak bermoral itu terbongkar menerusi satu serbuan yang dilakukan di sebuah stor penyimpanan di Masai, Johor Bharu pada 29 Januari.

Menurut Setiausaha Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan (PK) KDN, Nik Yusaimi Yussof penjualan itu dibuat dengan secara terbuka melalui premis jualan barang kosmetik, kesihatan serta cenderamata menerusi online.

Sebanyak 2,295 alat mainan dirampas bernilai anggaran RM70,000

Ujarnya lagi, dari 18 Januari-6 Februari KDN telah merampas sebanyak 2,295 alat mainan seks itu yang berjumlah sekitar RM70,000 menerusi empat operasi yang dilakukan pihaknya iaitu di Johor, Sarawak, Pulau Pinang dan Perak.

“Johor mencatatkan rampasan terbanyak setakat ini dengan 2,012 unit bernilai RM37,350 yang mana ia juga kes yang terbesar kerana membabitkan stor simpanan.

“Pada 18 Januari lalu, kita membuat serbuan di sebuah kedai jualan dalam pusat beli-belah di Kuching, Sarawak dan membuat rampasan 135 unit alat mainan seks dengan anggaran nilai RM10,890.50.

“Pada 6 Februari lalu, dua serbuan dibuat di kedai jualan dalam pusat beli-belah di Bayan Lepas, Pulau Pinang dan Ipoh, Perak, masing-masing merekodkan rampasan 102 unit (RM15,372) dan 46 unit (RM6,050),” jelasnya, dipetik Berita Harian.

3 wanita dan seorang lelaki ditahan untuk bantu siasatan

Sewaktu serbuan dibuat terdapat tiga wanita serta seorang lelaki yang dipercayai pemilik kepada perniagaan berkenaan telah ditahan untuk membantu siasatan, mereka berusia sekitar 30-an.

Kes disiasat di bawah Seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 dan Seksyen 292(a) Kanun Keseksaan.

Tindakan penguatkuasaan akan dipergiatkan lagi untuk penjualan dan pengedaran alat mainan seks di Malaysia

Tambah beliau lagi, KDN akan melipat gandakan lagi tindakan penguatkuasaan ke atas pengedaran serta penjualan sex toys di seluruh Malaysia. Ini kerana ia dilihat semakin merisaukan malah ia boleh diperoleh pada harga semurah RM50 sehingga RM300.

“Alat mainan seks ini diimport dari luar negara dan penjualannya dilarang di negara ini kerana berlawanan dengan nilai dan budaya masyarakat kita selain membawa pengaruh negatif khususnya golongan muda.”

Untuk makluman, berdasarkan rekod pada tahun lalu pihak PK KDN telah merampas bermacam-macam sex toys sekitar RM1.3 juta.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.