fbpx
Now Reading
“Saya Tidak Sengaja” – Lelaki Perlekeh Isu Stoking Kalimah Allah Dipenjara 6 Bulan & Denda RM12,000

“Saya Tidak Sengaja” – Lelaki Perlekeh Isu Stoking Kalimah Allah Dipenjara 6 Bulan & Denda RM12,000

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebelum ini seorang pemilik akaun Facebook telah ditahan polis selepas dipercayai membuat hantaran berbaur hinaan kepada agama Islam berhubung isu penjualan stoking yang tertera kalimah Allah di KK Mart.

Lelaki yang dikenali sebagai Chiok Wai Loong, 35, itu telah ditahan polis kelmarin (20 Mac) dan direman sehingga 24 Mac ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Dipenjara 6 bulan dan denda RM12,000

Terbaharu, dia yang juga merupakan Juruteknik aplikasi sosial dijatuhi hukuman penjara selama enam bulan serta denda RM12,000 selepas mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan.

Chiok mendakwa hanya menjadi ‘keyboard warrior’ dan tidak mengetahui kalimah Allah yang ditulis menghina agama Islam.

Mohon agar tidak dipenjara kerana tidak mahu kehilangan kerja

Dalam rayuannya hari ini (22 Mac), chiok memohon agar hukuman penjara tidak dikenakan kerana tidak mahu kehilangan kerja.

“Saya tidak sengaja, hanya mahu menjadi ‘ keyboard warrior’, saya tidak tahu perkataan itu sensitif kepada orang lain.

“Kami orang Cina ada rantai kaki dan tangan serta tatu Tuhan di pelbagai bahagian badan, ingat hanya kecil punya hal, saya tidak tahu perkataan ini boleh jadi menghina,” rayunya.

Timbalan Pendakwa Raya mohon hukuman berat dan setimpal

Pun begitu, Timbalan Pendakwa Raya Datin Kalmizah Salleh memohon hukuman berat yang setimpal agar menjadi pengajaran kepada masyarakat di luar sana.

“Sebanyak 24 laporan polis dibuat orang ramai berhubung isu ini yang menunjukkan keseriusan hantaran yang dibuat bersifat sensitif kepada penganut agama Islam,” katanya Kalmizah.

Terdahulu, sebelum Chiok ditahan polis, dia telah tambil membuat permohonan maaf secara terbuka selepas hantarannya itu menimbulkan kemarahan orang ramai terutamanya umat Islam.

Baca Artikel Berkaitan: Lesen Perniagaan Syarikat Pembekal Stoking Kalimah Allah Dibatalkan & Operasi Ditutup

Baca Artikel Berkaitan: Isu Stoking Tertera Kalimah Allah: JAKIM Bagi Amaran Keras Pada KK Mart

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.