fbpx

Bakal Adakan Atau Hadir Majlis Kahwin Di Musim Covid-19 ? Ini Langkah Yang Perlu Anda Lakukan

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.facebook.com/OfficialJKNKedah/photos/a.10151575618315892/10157458763370892/?type=3&__xts__%5B0%5D=68.ARBQezysuzESbdgDIeqq40HczxrT_RJjiWcGSRg17GIZrWwm2LnJh71zbhQrgPzwp3Txx0gIultVwClTuKhHmEQPLBojL3G9L-9yISfpEzUU4GaGBfqw4fD598e2Fr41yZFkC8kmMu9VlbkAQAbX9P0OaJINVt37cP8EawNUvghHwcwaOsGH65g-cjizJsB0exFsqRHYRtXG3-b4eVu4ajUjGhhDiQUghDG01uM7ra_L-ZUo3lOse8Z_iTM8va00lHxm9wwxziDZgo_0qu2j4-JCuWFArzZPxfYEYbANAOPpgrJL-LCsRfQ8ircLXTj9mnWyKIgiefr0LDN1bx_V&__tn__=-R

Setiap kali menjelang musim cuti sekolah, pasti ramai pasangan yang akan mengambil kesempatan melangsungkan perkahwinan mereka.

Tidak terkecuali sewaktu cuti sekolah kali ini yang sudahpun bermula pada 13 Mac (Johor, Kelantan Terengganu dan Kedah) yang akan diikuti negeri lain pada 16 Mac sehingga 21 Mac 2020.

Namun pasti timbulan kegusaran di hati ramai tuan rumah dan tetamu yang akan mengadakan majlis kahwin pada kali ini memandangkan seluruh dunia sedang menghadapi wabak Covid-19 yang semakin mengganas.

Pengantin baru di Korea Selatan yang dilihat mengenakan mask ekoran Covid19 yang teruk melanda negara itu Foto : DailyMail

Memetik infogragik yang dikeluarkan Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kedah, dibawah kami senaraikan beberapa langkah dan garis panduan buat tuan rumah,dan para tetamu yang akan mengadakan/ menghadiri sebarang majlis keramaian pada waktu ini.

Tanggungjawab/ Tindakan Selaku Tuan Rumah:

  1. Tidak digalakkan untuk bersalaman dengan tetamu sebaliknya digantikan dengan meletakkan tangan kanan di dada sebelah kiri
  2. Mereka yang bergejala dinasihatkan agar menjarakkan diri sekurang-kurangnya satu meter bila berhadapan dengan tetamu
  3. Kerap mencuci tangan dengan sabun atau gunakan hand sanitizer
  4. Sediakan tempat yang cukup untuk membasuh tangan yang dilengkapi dengan sabun
  5. Sekiranya berkemampuan, sediakan hand sanitizer buat para tetamu.

Tanggungjawab/ Tindakan Selaku Tetamu :

  1. Tidak digalakkan untuk bersalaman dengan tuan rumah dan tetamu sebaliknya digantikan dengan meletakkan tangan kanan di dada sebelah kiri
  2. Cuci tangan dengan bersih menggunakan sabun
  3. Mereka yang bergejala dinasihatkan agar menjarakkan diri sekurang-kurangnya satu meter bila berhadapan dengan orang lain
  4. Sekiranya bergejala kenakan topeng muka sewaktu menghadiri majlis atau sebaiknya tidak menghadiri majlis tersebut.

Pada pendapat kami tidak kiralah sama ada anda adalah tuan rumah atau pun tetamu, sekiranya bergejala kenakan mask pelindung muka demi mengelakkan penularan wabak.

Dan seeloknya simpan hand sanitizer sentiasa di dalam poket bagi memudahkan anda mencuci tangan apabila perlu.

Pastikan and batuk bersin pada tisu atau tutup menggunakan siku kemudian membuat tisu berkenaan kedalam tong sampah tertutup.

Sumber Foto: Dailymail

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.